Rabu, Julai 22, 2015

Kerjasama politik PKR dengan Pas dijangka tidak akan berkekalan sekiranya Pakatan 2.0 ditubuhkan selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran Harapan Baru sebagai parti politik baharu tidak lama lagi.‎

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menegaskan PKR perlu memberi keutamaan kepada rakan komponen dalam Pakatan 2.0 terlebih dahulu sebagai sebuah gabungan bagi menghadapi PRU14.
“Kalau sudah wujud satu Pakatan baharu, dia (PKR) kena bantu parti komponen yang kita persetujui, keutamaan mesti diberi kepada parti komponen dulu.
“Bermakna ia (PKR) akan kena hadapi satu pihak saja (PR 2.0), (Pas) tak boleh ambil satu komponen (untuk bekerjasama), mesti ada satu persetujuan untuk bantu-membantu dalam gabungan terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Dalam pada itu, Phahrolrazi  juga berkata, pertembungan Pas dengan calon Harapan Haru tidak dapat dielakkan pada pilihan raya akan datang khususnya di kerusi yang pernah dimenangi pemimpin progresif Pas atau G18 pada PRU13 lalu.
“Pertembungan itu mungkin berlaku, Pas bukan sahaja kena hadapi Harapan Baru bahkan gabungan baru dalam Pakatan 2.0.
“Kita akan pergi sebagai satu gabungan seperti BN, pada masa itu Pas pergi (bertanding) sebagai sebuah parti sahaja berbanding Harapan Baru dalam gabungan,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau meletakkan keyakinan tinggi bahawa harsat G18 untuk menubuhkan parti Islam baharu itu akan menjadi realiti
“Setakat yang saya turut serta dalam setiap perbincangan itu, Insya-ALLAH akan menjadi realiti, setakat ini komitmen mereka begitu tinggi.
“Sambutan akar umbi mahukan parti politik baharu, asasnya untuk membina semula gabungan PR baharu yang telah terbubar,” jelasnya.
Ditanya tentang hala tuju Ahli Parlimen dan Adun Pas yang menyertai Harapan Baru, beliau berkata perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat entiti itu minggu ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping