Hari ini, Kak Wan dijadualkan untuk mempengerusikan mesyuarat khas ahli-ahli Parlimen untuk menentukan jalan baru politik Malaysia. Jalan mana? Tak tahulah. Tapi Kak Wan kata Malaysia mesti cari jalan baru.
Memetik kata seorang aktivis NGO di Indonesia, ‘ini titik paling konyol untuk politik Indonesia’, apakah Malaysia juga sedang berada dalam keadaan konyol dan tidak wibawa, kita serahkan kepada keadaan.
Di kalangan MP pembangkang sendiri mengakui, bahawa panggilan Kak Wan itu pun dah kurang seri dan kurang wibawa. Sejak awal, Kak Wan diakui bukanlah calon Ketua Pembangkang yang ideal. Tidak ada vision.
Dari Sungai Buloh, Anwar tegaskan tentang Muafakat Baru.
Pimpinan ketiga-tiga parti ketika itu menyahut hasrat rakyat yang berbicara lantang soal kebebasan dan keadilan; negara hukum; pembanterasan rasuah dan penyelewengan kuasa serta ekonomi yang saksama dan tidak dibolot segelintir yang maha kaya.
Maka pimpinan Pakatan menerima asas perlembagaan negara dan mencerakinkan agenda bersama tatakelola negara; agama; ekonomi; pendidikan; dan budaya.
Perkembangan mutakhir yang bermula dengan bibit keretakan, kini mengakibatkan wadah formal Pakatan tidak wujud lagi. Namun, ingin ditegaskan bahawa semangat dan dasar bersama yang disepakati Pakatan tetap kekal malah semangatnya perlu ditingkatkan.
Dengan muafakat baru ini, kita perlu menjana perubahan dengan wadah yang lebih kukuh dan utuh – menggembleng tidak sekadar wadah parti malah wadah rakyat yang lebih inklusif, mencakup semua kalangan yang setia pada semangat perjuangan memartabatkan setiap insan di negara Malaysia tercinta.
Kalangan MP pembangkang sendiri merungut, cukup bosan, lemah dan letih dengan kepimpinan Kak Wan. Sudahnya, pembangkang sendiri gagal menggunakan kesempatan perang saudara dalam UMNO untuk kepentingan mereka. Sayang, kalaulah sebelum ini orang lain jadi Ketua Pembangkang. Pasti lebih bersinar rasanya…
PAS MENDEDAHKAN RANCANGAN DAP JADIKAN MALAYSIA SINGAPURA KEDUA
BalasPadamKetua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendedahkan agenda ‘cauvinisme’ Cina DAP yang dilihat cenderung mahu membentuk ‘Singapura Kedua’ di Malaysia.
Ahmad Amzad dalam satu kenyataan berkata, sikap angkuh dan gelojoh DAP dalam mencapai cita-citanya itu semakin jelas apabila parti itu menolak PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat (PR).
“Perpecahan ini sedang dituai dengan rakus oleh DAP. Mereka angkuh dan gelojoh dalam menjayakan agenda cauvinis menguasai negara agar cita-cita sebuah lagi Singapura segera dicapai”, katanya.
Ahmad Amzad juga mempersoalkan langkah agresif DAP menarik ahli dari kalangan bukan Melayu menyertai parti itu.
“DAP sedang dengan agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk menguasai negara. Mereka juga ambil orang Melayu agar bila perlu, mereka ada calon untuk jadi menteri besar di negeri negeri bersultan.
“Tentu sekali (mereka) Melayu yang patuh pada agenda DAP seperti Zairil atau Nizar Jamaludin,” ujar Ahmad Amzad.
Kemelut yang mencengkam Pakatan Rakyat semakin meruncing apabila DAP mula memulaukan PAS terutamanya di Sabah dan Sawarak.
Keadaan semakin memburuk apabila PAS dalam Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor pada Jun lalu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama agar PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
Ia ekoran tindakan DAP mengisytiharkan ‘perang senyap’ dengan memutuskan hubungannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan isu PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.COPY PASTE MYMASSA.BLOGSPOT