Sabtu, Julai 11, 2015

Majlis Syura Ulama PAS pada Sabtu secara rasminya menyokong usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat pada persidangan muktamar bulan lalu untuk memutuskan hubungan  dengan rakan sekutunya, DAP.

Keputusan tersebut sekali gus menamatkan teka-teki mengenai status Pakatan Rakyat yang kekal menjadi tanya tanda sebelum ini. Bagaimanapun, PAS mengekalkan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata keputusan tersebut dibuat kerana kesal dengan tindakan provokasi berterusan DAP.
"Majlis Syura Ulama kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal," katanya.
Beliau berkata, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam.
"PAS tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak. PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum," katanya.
Jelas beliau lagi, keputusan tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Pada awal bulan lalu, PAS meluluskan usul yang dibawa Dewan Ulama PAS Pusat bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap PAS dan Presidennya, Abdul Hadi Awang.
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping