Selasa, Julai 28, 2015

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menzahirkan rasa syukur di atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang memperkenankan pelantikan beliau di atas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
"Saya ambil tanggungjawab ini dengan terima kasih di atas kepercayaan kepada saya.
"Saya tahu bahawa ini bukan satu habuan, ia adalah satu pertanggungjawaban yang harus saya terjemahkan kepada negara kita," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid juga turut berkata, beliau memang cukup memahami keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib. 
‎"Saya dapat memahami keputusan Najib adalah keputusan yang berat, namun, kebersamaan antara beliau dan saya dalam memikul tanggungjawab ini tidak dapat saya jelaskan.
"Ia mengulangi  sejarah lama, ketika dia jadi Menteri Belia dan Sukan... kemudian, saya dilantik jadi Setiausaha Politik.
"Ini adalah kitaran politik yang tidak pernah saya harapkan. Saya terima sebagai satu takdir qada dan qadar," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau ‎memohon rakan-rakan dalam Kabinet dan ahli Umno malah kepimpinan parti dapat memberi sokongan kepada Najib.
Categories:

17 ulasan:

  1. Malaysia dapat TPM tin kosong - Terima Kasih Najib, UMNO sekarang dihujung tanduk - BN memang kalah next PRU...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun harap macam tuu . Aku harap sangat Guan Eng jadi PM yang baru . Baru Malaysia boleh maju macam Singapura . Kalau orang melayu berubah angin memang ada harapan sangat cerah Guan Eng jadi PM . Hidup DAP . Hidup LGE .

      Padam
  2. Tahniah DS Dr A Zahid. Tkasih DS Najib.

    BN Umno akan terus kuat & berjasa pd rakyat.

    Tak guna kalau ada pengkhianat, penakut & pengadu domba dlm kapal, nnt tenggelam.

    Pecat juga Mukhriz Mahathir. Biar lanun, pzrompak mahather dgn daim sajer terkapai tenggelam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. berani ke pecat mukhiz?
      Tak mungkin berani sampai ke situ

      Padam
    2. Elok pecat mukhriz tu..nnt baru tahu langit tinggi ke rendah..

      Padam
    3. teruskan menjilat bontot2 mereka.. kipidap!!

      Padam
  3. Dato zahid adalah naib presiden umno pertama beliau layak untuk menjawat jawatan timbalan perdana menteri setelah ada kekosongan jawatan. Janganlah nak dipersoalkan lagi sebab kehendak ahli parti.

    BalasPadam
  4. PM perlukan pasukan yg ada team spiritm.. team work yang fokus menyelesaikan isu secara bersama ... dan bertanggungjawab bersama.
    Umno perlu kuat ... menteri perlu kuat bekerja ... perlu berintegriti ... yg tak betul perly betulkan ... tg bukan menteri jgn ganggu tugas menteri ..
    Yg dan bersara ... kalau nak beri nasihat ikut lah saluran ... jgn sampai pecah belah parti...

    BalasPadam
  5. Ramalan BN hilang kuasa pada PRU 15. Tapi nampak gayanya dipercepatkan kepada PRU 14.Hebatkah Zahid Hamidi? ...tunggu dan lihat!

    BalasPadam
  6. Tan Sri Muhyiddin dan Tan Sri Gani Patail telah merancang rampasan kuasa semasa Mahathir meledakkan bom plastiknya. Special Task Force sepatutnya mendapat kelulusan kabinet bukan Muhyiddin dan Gani Patail. Gani Patail pun telah dipecat. Najib terpaksa bertindak walaupun sebenarnya dia tak sampai hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn memuduh2 tampa bukti TUAN!

      Padam
  7. BN = Bye Najib

    Bertambah parah BN sekarang....

    BalasPadam
  8. Barisan Kabinet yang lemah dalam sejarah politik negara.

    BalasPadam
  9. TAK DAPAT BAYANGKAN KALAU 3 STOOGES PR RULES OUR BELOVED MALAYSIA...NAUZUBILLAH...

    BalasPadam
  10. Apa Kesannya?www.janganjualnegara.com

    TPPA: Malaysia usah ikut telunjuk pelabur luar Antara 29 bab yang sedang dirundingkan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh Malaysia dan 11 negara lain, bab Pelaburan boleh dikatakan antara yang paling ‘mengerikan’. Ini kerana peraturan di bawah bab ini memberi kelebihan melampau kepada pelabur luar sehingga membenarkan mereka mencabar dasar sesebuah kerajaan walaupun dasar itu dibuat bagi kepentingan awam, seperti peraturan dalam sektor kesihatan atau penjagaan alam sekitar. Kita perlu belajar daripada Mexico yang telah melalui pengalaman ngeri ini daripada pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), iaitu perjanjian perdagangan bebas (FTA) hampir serupa dengan TPPA yang ditandatangani oleh negara Amerika Selatan itu, Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Setakat ini, Mexico berdepan 14 kes saman bernilai berbilion ringgit daripada pelabur luar yang difailkan di bawah Bab 11 dalam NAFTA, iaitu peruntukan untuk melindungi pelabur luar dan memudahkan penyelesaian dalam pertelingkahan pelaburan. Satu contoh kes difailkan terhadap kerajaan Mexico melibatkan syarikat pengurusan sisa AS, Metalclad Corporation. Metalclad pada 1996 mengemukakan saman di tribunal NAFTA selepas kerajaan negeri San Luis Potos di Mexico enggan memberi kebenaran untuk syarikat itu membuka semula sebuah kilang pengurusan sisa selepas audit geologi menunjukkan kilang itu akan mencemarkan bekalan air penduduk tempatan. Menurut Metalclad, tindakan kerajaan Mexico itu melanggar Bab 11 dalam NAFTA dan ‘merampas keuntungan syarikat’ atau ekspropriasi. Syarikat itu menuntut AS$90 juta (RM330 juta) pampasan. Tribunal itu membuat keputusan menyebelahi Metalclad dan mengarahkan Mexico membayar pampasan AS$16.7 juta (RM61 juta). Dan kini, bab Pelaburan yang diusulkan dalam TPPA oleh AS menggunakan acuan sama seperti NAFTA, iaitu memberikan perlindungan melampau kepada pelabur luar. Kerajaan Australia pula disaman British American Tobacco (BTA, pengeluar rokok jenama Dunhill) pada 2012 kerana memperkenalkan undang-undang - berdasarkan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia - yang mengharuskan syarikat tembakau menggunakan pembungkusan biasa (plain packaging) tanpa iklan dan jenama untuk menghalang lebih ramai rakyatnya meninggal dunia akibat tabiat merokok.****Mr.where is the love******

    BalasPadam
  11. Bagaimanapun, tindakan kerajaan Australia itu dianggap BTA sebagai melanggar hak mereka di mana harta intelektual (iaitu jenama dan tanda dagangan atau ‘trademark’) mereka seolah-olah dirampas tanpa pampasan. Walaupun tewas di mahkamah Australia, syarikat gergasi itu masih meneruskan kempen untuk menghalang negara lain dari melakukan perkara sama seperti Australia. Dengan menggunakan kes ini sebagai rujukan, Philip Morris International pula memfailkan saman terhadap kerajaan Australia, bukan di mahkamah Australia, tetapi di mahkamah antarabangsa dengan menggunakan mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS). Mekanisma ini membolehkan syarikat antarabangsa mendapatkan pampasan besar dari sesebuah negara yang memperkenalkan undang-undang yang dirasakan merugikan pihaknya. Kes ini masih berjalan. Jadi, jika Malaysia menandatangani TPPA, kita juga mungkin menerima kesan sama seperti Mexico dan Australia. Dasar afirmatif seperti keistimewaan kepada Bumiputera yang diamalkan Malaysia juga boleh dipertikaikan di bawah TPPA. Selain itu, bab pelaburan yang dicadangkan AS juga memberikan pelabur asing hak untuk mencabar negara TPPA yang cuba atau telah memperkenalkan kawalan modal atau peraturan kewangan lain yang tujuannya semata-mata untuk memastikan kestabilan ekonomi kepada negara. Malaysia memperkenalkan kawalan modal selepas kegawatan ekonomi pada 1997 apabila Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyedari krisis kewangan itu berpunca daripada konspirasi penyangak matawang sehingga hampir meruntuhkan ekonomi negara. Di bawah TPPA, jika kita menandatangani versi yang sedang dirundingkan kini, tidak mungkin kita dapat melindungi ekonomi kita menggunakan cara sama jika ia sekali lagi diserang penyangak mata wang, sekali gus mendedahkan negara kepada manipulasi dunia kewangan yang semakin canggih hari ini. Kebimbangan terhadap perkara ini menyebabkan lebih 100 pakar ekonomi dari sekitar Asia Pasifik dalam surat pada 2012 memberi amaran kepada kerajaan masing-masing mengenai bahaya peruntukan dalam perjanjian itu terutama isu kawalan modal. Dalam bab Perkhidmatan Kewangan di bawah TPPA pula, terdapat kebimbangan yang peruntukannya akan memaksa Malaysia membenarkan kemasukan bank luar tanpa sebarang kekangan. Mengikut kertas kerja Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 2006, kehadiran bank gergasi di negara membangun akan menyebabkan penurunan dalam pinjaman kepada sektor swasta kerana bank besar lebih gemarkan syarikat multinasional dan firma besar daripada memberikan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana. Jadi akhirnya, kehadiran bank asing mempunyai akan memburukkan lagi ketidaksamaan dalam kebajikan rakyat. Bagi MTEM, bab Pelaburan ini tidak perlu ada sama sekali dalam TPPA dan jika ada pun, definisi ‘pelaburan’ itu perlu diperjelaskan, dan perlu terhad kepada sesetengah projek sahaja. Selain itu, TPPA juga tidak patut menentukan peraturan dalam aliran modal di mana-mana negara, dan kita juga perlu dibenarkan menentukan sendiri cara kerajaan melayan pelabur luar dan syarikat domestik. Peruntukan untuk layanan adil dan sama rata juga tidak perlu ada dalam TPPA. Perlu diakui pemain industri dalam negara memerlukan perlindungan kerajaan daripada diratah hidup-hidup oleh firma gergasi antarabangsa yang hanya menunggu masa untuk menerkam kita!

    Perjanjian

    ISDS

    Hakcipta

    Ubat-ubatan

    Peluang Pekerjaan

    Syarikat #www.janganjualnegara.com***mr no women no cry*****

    BalasPadam
  12. Inshallah kabinet baru boleh berfungsi dengan lebih baik. Bersatu bertambah mutu. Bersatu teguh bercerai roboh. Jangan lupa tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping