Haduyai!!! Apa la malangnya nasib. Kalau dah bergelar anak orang besar - besar ni, memang mudah sangat la diorang jadi sasaran. Tak cukup abang, Si Adik pun sama juga menjadi mangsa.
Semalam, Ketua Pemuda PAS mendakwa bahawa segelintir media pro-pembangkang telah memutar belit kenyataannya konon dia telah menghasut orang ramai supaya menyertai demonstrasi jalanan bagi melumpuhkan kerajaan pada 29 Ogos ini.
Nik Abduh turut menegaskan, beliau tidak pernah mengarahkan ahli Pemuda PAS di seluruh negara menyertai perhimpunan haram tersebut seperti yang dilaporkan media berkenaan.
“Beberapa media memetik kenyataan saya secara salah mengenai Bersih 4.0 bahawa konon saya menggalakkan ahli dan Pemuda PAS untuk menyertai perhimpunan itu.
“Kenyataan salah itu pastinya bertentangan dengan kenyataan PAS sebelum ini, sedangkan saya secara jelas menekankan bahawa sikap Pemuda PAS adalah selari dengan pendirian asal parti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nik Mohamad Abduh berkata, Pemuda PAS mendukung matlamat dan aspirasi PAS Pusat yang menuntut hak demokrasi dan pilihan raya yang bersih tetapi tidak pernah mengarahkan ahlinya menyertai Bersih 4.0.
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang mengadakan demonstrasi jalanan secara besar-besaran seperti yang berlaku di benua Arab untuk menjatuhkan Kerajaan pada hujung bulan ini.
itulah.ada perbezaan ketara angin klu pas dijadikan pelawak semasa org2 ghb beraksi...he he merela tu hanya pandai bergurau memrmeriahkan jiwa2 muda .muda lagi katakan apa nak kesah.yg dah kian tua mcm mt sabu pun tak heran pun.
BalasPadampemuda pas tentu ada pilihan lain nak jadikan ahli2nya berwibawa!