Rabu, Ogos 19, 2015

Heh! Untuk sekian kalinya, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru ni berjaya jugak buat ramai orang meroyan bila dia bukak mulut. Nampak gayanya, taktik dia memang menjadi.

Jika sebelum ini, TPM mendakwa kewujudan konspirasi dari kalangan pihak tertentu untuk menggulingkan Kerajaan melalui 'Pintu Belakang' yang turut didalangi oleh "Tokoh UMNO".

Tapi dalam satu kenyataan semalam, Timbalan Perdana Menteri tampil menafikan bahawa 'Tokoh UMNO' yang dimaksudkan tu melibatkan Ahli Parlimen dari kalangan Barisan Nasional.
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mahu nama 20 ahli Parlimen BN, yang didakwa oleh pihak tertentu terbabit dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan, dibersihkan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan tindakan membersihkan nama individu berkenaan penting kerana kesemua ahli Parlimen itu tidak terlibat dalam usaha pihak tidak bertanggungjawab itu. 

"Tidak ada seorang pun daripada 20 ahli Parlimen BN, sebagaimana terpapar di dalam blog tertentu, yang telah didekati untuk dibeli bagi menandatangani akuan bersumpah (menggulingkan kerajaan) itu. 


"Saya ingin sahkan tidak ada seorang pun daripada 20 (ahli Parlimen) itu yang telah menandatangani akuan bersumpah berkenaan. Sebab itu, bersihkanlah nama mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di sini.
Nah!!! Sekarang persoalan dikalangan rakyat, terutama sekali ahli - ahli UMNO sendiri, siapa dia Tokoh UMNO yang dimaksudkan? Berani atau Tidak Timbalan Perdana Menteri nak mendedahkan siapa dalangnya? Atau, adakah dia setakat buat cerita gempak je?
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Malaysian Cybertrooper19 Ogos 2015 pada 8:05 PG

    Bukan ke dia ni jugak Menteri yg pernah menyatakan bahawa akan mededahkan dalang Pencerobohan Lahad Datu satu ketika dahulu?
    Dah dedah ke?
    Mana bukti "Gred A" nya?

    BalasPadam
  2. dia ni gempak kuat,tong kosong bunyi kuat.

    BalasPadam
  3. tin kosong br bunyi lg....

    BalasPadam
  4. Korang otak kecik pe tau.....nuduh je yg tau....namapun korng xbrani letak kat komen nk bnyak songeh lak ngata yg benda korng sndri xpham....ini semua kerja trouble shoooter laaa ngok....xtau silat politik jgn nak membiang ulas politik pringkat atasan....paham.!!! Shut up u

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping