Jumaat, Ogos 21, 2015

Sebelum ini ramai orang menjadi gila - gila kerana tetiba nak menjadi penyiasat yang tidak bertauliah, pakar kewangan, pakar bank, pakar polis kepada polis dan sebagainya.

Perdana Menteri dikoreksi, dimalukan,diaibkan luar dan dalam, sehingga ada sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO terpedaya dengan penipuan pihak pembangkang. Akhirnya ada yang hilang jawatan gara-gara termakan hasutan.

Tetapi, keghairahan menyerang Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini terpelanting kepada syarikat kontrovesi yang baru ditubuhkan DEIG di bawah Menteri Besar Selangor.

Di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor minggu ini, MB Azmin Ali terkapai-kapai, tersekat-sekat dan merah kemerah-merahan wajahnya kerana gagal menjawab soalan TS Khalid Ibrahim dengan yakin. Soalannya sangat-sangat mudah! Di mana wang RM7.65 Bilion? Sehingga ke hari ini Azmin gagal menjawab dengan betul.

Di pihak rakyat pula, mereka bertanya kenapa tidak ada siasatan ke atas kes-kes berProfil Tinggi melibatkan RM7.65Bilion Dan RM30Bilion?

Kenapa tidak ditubuhkan Pasukan Petugas Khas? Kenapa pihak berkuasa kelihatan senyap dan berdiam diri dalam kes Azmin tetapi berkejar-kejar siang dan malam menyiasat 1MDB dan derma RM2.6 Billion?

Rakyat melihat perkara ini tidak adil. Jika terus berdiam diri, rakyat akan mempersoalkan integriti dan kredebeliti pihak berkuasa dalam negara kita. Siasatan sangat perlu untuk mencari kebenaran.

Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah  Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994?

Apa tujuan DEIG yang kelihatan seumpama bisnes rahsia? Apa yang dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat? Adakah MB Azmin sekaligus sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan Pengerusi DEIG mempunyai kuasa veto?

Adakah DEIG anak syarikat MBI atau syarikat yang berasingan? Apakah kaitan dengan nama dua individu yang dikaitkan dengan syarikat berstatus RM2 DEIG? Siapakah mereka?

Adakah MB Azmin menubuhkan DEIG kerana ragu kepada MBI? Adakah kerana MBI pernah diketuai oleh Faekah bekas Pegawai TS Khalid Ibrahim ?

Bagaimana pula peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC)? Nampaknya bisnes kerajaan Selangor bertindan-tindan antara MBI, DEIG, SSIC dan Perbadanan ikhtisas yang lain.

Paling menarik sekali ialah kenapa wakil rakyat DAP Selangor dan kumpulkan GHB turut mempersoalkan DEIG? Apakah yang mereka tahu dan apakah yang mereka sembunyikan?

Pihak berkuasa perlu menunjukkan tindakan yang adil. Jika 1MDB disiasat berbulan-bulan lamanya bagai nak rak, kenapa MB Azmin dan DEIG tidak disiasat walhal ianya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor oleh ahli-ahli kerajaan negeri Selangor sendiri?
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Belum tahu lagi??!!
    DAP DAN HAPRAK BARU RAKYAT (yg kulit pas tapi isinya dap) NAK AMBIL ALIH SELANGOR!!
    sbb tu kuar ini kes.. Langkah cap ayam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masaalahnya kebanyakan pihak berkuasa kita condong kepada pihak pembangkang. Mungkin naluri mereka kata pembangkang betul atau masyuk poket lebih sokong pembangkang atau mereka ni haprak mcm pembangkang juga.

      Padam
  2. Last2 tinggal DAP Je yg dilihat mcm pejuang rakyat. UMNO, PKR n PAS dah melingkop..liciknya DAP...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping