Jumaat, Ogos 21, 2015

Nampak gayanya, Si Menteri Besar Selangor tu terus diasak oleh pelbagai pihak ekoran tindakan dia menubuhkan Darul Ehsan Investment Group Bhd (DEIG) tanpa pengetahuan DUN menjadi pertikaian.

Isu tersebut menjadi kemelut baru kepada Rejim yang dipimpin oleh Si Menteri Besar Selangor tu apabila pendedahan dibuat turut melibatkan Dana Rakyat yang bernilai berbillion ringgit.

Sebelum ini, kita telah didedahkan mengenai kewujudan syarikat tersebut yang didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama dua individu yang tidak dikenali.

Kemudian, timbul pula pertikaian yang dibangkitkan oleh Bekas Menteri Besar Selangor mengenai kehilangan aset milik Menteri Besar Incorperated (MBI) sebanyak RM 7.65 billion yang tidak dijelaskan.

Kali ini, ke-GAGAL-an Si Menteri Besar Selangor tu menguruskan dua aset dalam bentuk perhotelan yang dimiliki oleh Rejim Pakatan sebelum ini juga turut dijadikan bahan persoalan dikalangan rakyat.

Dalam laporan yang didedahkan sebelum ini, Rejim Pakatan Selangor terpaksa melepaskan pemilikan Brisdale Hotel Kuala Lumpur dan Quality Hotel Shah Alam kerana didakwa mengalami kerugian.
Tindakan tersebut seterusnya menimbulkan tanda tanya sejauh mana Rejim Pakatan Selangor dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu untuk menguruskan Dana Rakyat sebanyak RM 30 billion tu?

Kebimbangan yang dizahirkan memang mempunyai asas yang kukuh apabila Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini hanya dilihat 'Lepas Tangan' dalam isu penutupan Quality Hotel di Shah Alam.

Dengan memberikan alasan kononnya pengurusan syarikat itu tidak ada kaitan dengan pentadbiran Rejim Pakatan yang diterajui oleh PKR, ianya membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu tidak bertanggungjawab.

Bagaimana mungkin rakyat mampu untuk memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pengurusan syarikat DEIG yang bernilai RM 2 ringgit untuk menguruskan Dana Rakyat sebanyak RM 30 billion?

Bayangkan. Aset yang sedia ada pun Si Menteri Besar Selangor tu GAGAL nak uruskan dengan baik, inikan pulak dia nak uruskan aset yang baru. Memang jahanam la Dana Rakyat yang bernilai RM 30 billion tu jawabnya!!! Bila dah hilang nanti, senang la dia nak salahkan orang lain!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Boleh terangkan perbezaan antara DEIG dan 1MDB

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping