Khamis, Ogos 06, 2015

Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Norhayati Bachok supaya meletak jawatan serta merta kerana didapati terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman berkata, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Norhayati Bidin dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Anis Afida Mohd.Azli turut didesak meletak jawatan kerana penglibatan mereka dengan GHB.

Menurutnya, ketiga-tiga pemimpin wanita PAS Johor itu telah melanggar arahan PAS Pusat pada 31 Julai lalu berkaitan larangan penglibatan ahli parti itu dalam aktiviti GHB.
“Tindakan trio utama Dewan Muslimat PAS Johor yang selama ini terlibat dalam usaha mempromosi, memberi penerangan berkaitan GHB terutama melalui paparan banner ucapan, grafik dan gambar melalui media sosial seperti Facebook suatu tindakan yang mencemarkan maruah, integriti dan menyalahi etika pimpinan jamaah Islam PAS khususnya di Johor sekaligus melakukan tindakan merugikan parti .
“Aktiviti mereka yang dilihat agak kontra dengan dasar PAS sejak 16 Jun 2015 menjejaskan tumpuan dan tanggungjawab terhadap usaha untuk menjaga keutuhan, imej dan maruah parti termasuk gagal bekerjasama dengan Badan Perhubungan PAS Johor apabila dijemput untuk bermesyuarat dan mengadakan pertemuan bagi merungkai masalah atau mejawab segala kekeliruan atas segala tindakan yang mereka lakukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Normala yang juga salah seorang AJK Dewan Muslimat PAS Johor berkata, desakan ke atas tiga pemimpin tertinggi wanita PAS Johor itu supaya meletak jawatan serta merta disokong 20 Ketua Dewan Muslimat Kawasan dan lebih 50 muslimat yang memegang jawatan pelbagai peringkat dalam Majlis Jalinan Ukhuwwah AidilFitri Srikandi Istiqamah Johor.

Selain itu, katanya, Dewan Muslimat PAS Pusat turut mendesak AJK Dewan Muslimat PAS dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) di semua peringkat di Johor yang menyokong dan terlibat dalam aktiviti GHB turut meletak jawatan serta merta tanpa perlu menunggu GHB diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sebuah parti politik.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Cikgu KFC kene desak letak jawatan??!!!.... Ahakss..

    BalasPadam
  2. haa.......yang ini kena cerai laki talak tiga.....ahak.....ahak....ahak.........

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping