Siapa yang tak kenal dengan Si Chagubard ini? Permusuhan terbuka diantara dia dengan Si Menteri Besar Cap Ayam tu memang sudah menjadi satu rahsia umum sejak sekian lamanya.
Maka tak hairan la sekiranya Si Chagubard tu pernah tampil mempertikai segala 'keistimewaan' yang telah diberikan PKR kepada Si Menteri Besar Cap Ayam tu di dalam parti itu sendiri.
Dengan mengambil situasinya yang digantung keahlian kerana mendedahkan penyelewengan pemilihan parti yang berkaitan, namun Si Menteri Besar Selangor itu dilihat lebih disayangi.
"Saya jawab tuduhan dengan menggunakan media dan digantung. Apabila anggota bawahan menggunakan media dianggap salah.
"Tetapi apabila Azmin menggunakan media dan menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ... tiada sebarang tindakan dibuat.
"Kalau hendak ambil tindakan ke atas saya, sila ambil tindakan kepada Azmin dahulu," katanya dalam satu sidang media.
Si Chagubard yang juga sebelum ini dianggap sebagai Ayam Tambatan PKR pernah memegang jawatan penting di dalam parti termasuk Ahli MPP dan menjadi Exco Anak Muda Kecoh (AMK).
Dalam pada itu, Si Chagubard tu juga turut mendakwa kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sebelum ini juga turut dilihat berpunca daripada perancangan sulit Si MB Cap Ayam tu sendiri.
"Memang sejak awal dia impikan jawatan itu, dia yang menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran menteri besar sebelum ini.
"Azmin yang menggunakan media dan memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melobi untuk jawatan itu," ujarnya.
Maka kesimpulannya, tak hairan la mengapa puak - puak PKR tu sehingga hari ini masih lagi mendiamkan diri berhubung isu penyelewengan Dana Rakyat Selangor yang telah dilakukan oleh Si MB Cap Ayam tu. Rupanya, dia ada 'Keistimewaan' tersendiri!!!
Cik Gu Bad ni ssyek melalak, lebeh baik pgi didik anak bangsa sampai jadi insan yg berguna kan elok.
BalasPadam