Isnin, Ogos 17, 2015

Hahaha!!! Inilah berita yang paling lawak kita dengar setakat hari ini. Dengar katanya, Geng Haprak Baru yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu dah tukar nama. Diorang tak nak guna GHB lagi.

Kalau dulu, diorang nak jadi 'Harapan Baru' kepada rakyat. Tapi kali ini, dari sumber yang dilaporkan, Geng Haprak Baru tu akan menggunakan nama "Parti Amanah Rakyat" atau AMANAH.
KUALA LUMPUR - Parti Amanah Rakyat atau “Amanah” dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.


Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol.
Itu yang buat kita rasa geli bulu ketiak. Sebab Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu ingat, dengan menukar nama kepada 'Amanah' tu boleh buat sifat diorang pun berubah juga.

Hakikatnya, perangai Haramjadah puak - puak tetap takkan berubah jugak. Setakat guna je nama 'Amanah' tapi diorang 'Tak Amanah' pun dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh rakyat.

Jika betul Geng Haprak Baru yang diketuai oleh Si Mat Sabu tu 'Amanah', sudah pasti diorang takkan menjadi 'Pengkhianat' kepada perjuangan PAS dan tetap beristiqomah dengannya.

Kalau betul pemimpin - pemimpin Geng Haprak Baru macam Khalid Samad, Mujahid Rawa, Hatta Ramli, Dr. Dzul atau pun Siti Mariah tu 'Amanah', dah lama dah diorang letak jawatan.

Tapi sehingga ke hari ini, bila didesak supaya diorang melepaskan jawatan sebagai Wakil Rakyat, sama ada ADUN atau pun Ahli Parlimen, sekor pun diantara mereka tak Berani nak buat.

Jadi, bagaimana mungkin Geng Haprak Baru tu boleh mendabik dada dan menggelarkan diri diorang sebagai "Amanah" jika yang menjadi keutamaan diorang hanya setakat menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je! Bukannya diorang AMANAH nak menjalankan tugas!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. tetiba aku teringat tabung memali

    BalasPadam
  2. heh...sengaja pilih 31 ogos. bila mlm sambutan merdeka nnti, kompem muke2 ni menyemak sambut ulangtahun parti kt dataran, amek kesempatan

    BalasPadam
  3. Tetiba teringat Majlis Amanah Rakyat MARA ... last sekali duit kne kebas ...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping