Memang sempoi! Kalau bab menjawab isu dan juga soalan dari pihak media ni, memang cukup mudah bagi YAB Menteri Pahang ni. Nak pulak jika ianya berkaitan dengan spekulasi dalam laman media sosial.
Semalam, YAB Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob menafikan sebarang khabar angin mengenai rombakan jawatan Menteri Besar atau pun Pengerusi Badan Perhubungan seperti yang dihebohkan dalam media sosial.
Sambil menegaskan bahawa khabar angin seperti itu bukan sebagai satu perkara baru, MB Pahang juga turut menegaskan bahawa ianya sudah mula berlegar sejak tujuh tahun yang lalu.
Malah katanya, perkara itu tidak dibincangkan atau disebut sama sekali oleh YAB Perdana Menteri dalam pertemuan bersama Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri yang diadakan di Putrajaya sebelum ini.
"Nak tukar atau tidak itu kita serah kepada Perdana Menteri dan Raja-Raja...saya tidak kisah sangat, saya jalankan kerja. Sebenarnya spekulasi ini elok juga sebab ia akan buatkan kita aktif dan buat kerja bersungguh-sungguh.
"Sebenarnya, sebagai tokoh politik, jika orang berhenti cakap pasal awak, awak habis. Kalau orang banyak cakap pasal awak, tanya bila nak pencen, begitu begini, itu bagus," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.
Adnan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau tidak melihat ada perkara luar biasa ketika pertemuan dengan Perdana Menteri semalam. Katanya, apa yang mustahak sekarang ialah memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri selepas rombakan Kabinet.
Jadi, dalam keadaan yang tengah bercelaru sekarang ni, tak perlu la kita nak buat sebarang spekulasi yang bukan - bukan. Takde faedah pun kalau setakat nak layan puak - puak Pakatan Haramjadah tu meroyan tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.