Heh! Kalau sekali baca kenyataan yang dibuat, memang tergigit lidah dibuatnya. Ini baru dinamakan 'Sindir Anak Pukul Menantu'. Pukulannya 'jauh mendalam'. Hanya orang yang faham je boleh terima.
Tapi, apa yang dinyatakan adalah dari luahan hatinya sendiri. Bukannya dipaksa atau didesak oleh orang lain. Hanya orang yang berhati terbuka je boleh terima secara terang - terangan.
Jangan jadi macam Si Tokong DAPigs tu sudah la. Sebelum ini dia pandai sangat nak mengkritik orang lain. Tapi bila orang kritik kenyataan yang dia buat, tau pulak dia menggelupor tak tentu arah!!!
KUALA LUMPUR - "Saya rasa Perdana Menteri fikir barisan Kabinet yang baharu ini lebih baik."
Demikian reaksi ringkas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya mengenai rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.
Menurut beliau, rombakan Kabinet merupakan perkara biasa dan dilakukan setiap masa. Malah, katanya, Najib berhak menggugurkan sesiapa saja yang diingininya termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Itu hak Perdana Menteri untuk gugurkan Muhyiddin. Dia nak gugur, dia gugurlah," katanya dalam sidang media di pelancaran Pusat Hati Pusat Perubatan Prince Court, di sini, hari ini.
Menurut beliau, Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan individu paling tepat untuk menggantikan Muhyiddin.
"Zahid yang paling layak. Dia menang undi paling banyak untuk naib presiden (Umno). Paling tepat untuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri," katanya.
Ketika ditanya pandangannya sama ada barisan Kabinet baharu ini lebih baik daripada sebelum ini, Mahathir hanya berkata: "Saya tidak memikirkannya".
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.