Sabtu, Ogos 01, 2015

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor hari ini telah menafikan laporan yang mendakwa kononnya wujud perletakan jawatan dua orang Ahli Jawatankuasanya diperingkat Bahagian Tenggara.

Ketua Pemuda Negeri, Hahasrin Hashim berkata, beliau telah bercakap sendiri dengan Asrul Esreen Mohd Salleh dan Saiful Zakry Ripin, dan kedua-dua mereka menafikan keluar dari parti.
"Jika kedua-dua mereka menafikannya, saya sudah pasti akan menerima surat perletakan jawatan tetapi setakat ini belum ada," katanya kepada The Star ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Hahasrin juga turut menegaskan, beliau menyifatkan laporan berhubung dakwaan perletakan jawatan itu sebagai satu cubaan untuk mencetuskan kekeliruan di kalangan anggota parti di sini.

Tambahnya, sayap Pemuda UMNO Negeri telah mengadakan mesyuarat baru - baru ini dan ke semua pemimpin bersetuju bahawa ia adalah kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk memilih barisan Kabinet.
"Kita bersetuju, bagaimanapun, dengan kenyataan daripada Menteri Besar Johor bahawa ahli dari peringkat akar umbi dialu-alukan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi merupakan timbalan presiden parti dan beliau dialu-alukan untuk merasmikan mesyuarat peringkat bahagian di Johor," katanya.
Hahasrin seterusnya turut mengulangi pendirian bahawa sayap Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor sentiasa menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan yang disiarkan oleh laman portal The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan terdapat 'Pemberontakan' diperingkat UMNO Bahagian ekoran rombakan Kabinet yang dibuat oleh Kerajaan Pusat baru - baru ini.

Mereka mengaitkan isu mengenai pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan isu perletakkan jawatan 3 pemimpin sayap dari Negeri Johor melalui satu kenyataan yang diterima dalam aplikasi Whatsapp.

Dalam erti kata mudahnya, nampak sangat la yang puak - puak Pakatan Haramjadah ni mudah sangat meroyan tak tentu arah dan buat demi untuk memanaskan keadaan. Kot ye pun diorang dah ketandusan idea, tak payah la nak buat cerita yang bukan - bukan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Baru "cerita" dua orang ketak jawatan, ajk pemuda bahagian..takutnya macam 20 Ketua Bahagian letak jawatan...

    Katanya kuattt..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping