Sabtu, Ogos 22, 2015

Ibarat macam orang mengantuk disorong bantal. Macam rusa serah tengkuk ke mata pisau. Itulah perumpamaan yang dapat kita berikan gambaran mengenai apa yang berlaku ketika ini.

Ternyata, skandal mengenai penyelewengan Dana Rakyat Selangor yang dilaporkan berjumlah RM 30 billion sebelum ini memang cukup mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

Terutama sekali dari 'Musuh Ketat' Si Menteri Besar Cap Ayam tu sendiri. Bukan orang Barisan Nasional, sebaliknya dari Si Chagubard, Ahli PKR yang telah digantung tak bertali tu.

Lebih kurang macam orang dapat peluru, maka bertalu - talu persoalan yang dibangkitkan oleh Si Chagubard tu kepada kepimpinan yang ditonjolkan oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu ketika ini.

Tanpa memperlihatkan belas kasihan, Si Chagubard tu turut menyelar tindakan Si Menteri Besar Cap Ayam tu dalam isu berkaitan dengan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Kata Si Chagubard, penubuhan syarikat RM 2 yang didakwa bakal menguruskan Dana Rakyat Selangor sebanyak RM 30 billion itu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan, tetapi turut meragukan.
“Diteliti dari daftar Syarikat, DEIG diterajui oleh dua orang yang terlibat di dalam MBI, maka ini makin pelik kenapa orang yang sama di dalam MBI membuka sebuah syarikat lain untuk menguruskan pelaburan Selangor. 
“Dua kemungkinan wujud ialah Azmin ingin mewujudkan sebuah entiti perniagaan tanpa audit langsung dari kerajaan negeri untuk mudah melakukan ‘sesuatu’ atau dia bersikap paranoid melampau dan mahu dilihat berbeza dengan Menteri Besar sebelum ini,” katanya.
Turut menjadi bahan pertikaian oleh Si Chagubard tu ialah mengenai persoalan ke mana hilangnya Dana Rakyat sebanyak RM 7.65 billion dalam pengurusan bekalan air bersih di Selangor.

Si Chagubard tu turut mempersoalkan jumlah yang dibentangkan sebelum ini mencecah hampir RM 9.65billion namun yang dimaklumkan dalam sidang DUN hanya melibatkan kos sebanyak RM 2 billion sahaja.
“Kegusaran rakyat lebih lagi apabila Kerajaan Selangor melupakan janji di mana rakyat Selangor boleh memiliki saham syarikat air tetapi kini janji itu telah bertukar kepada kemungkinan kenaikan tarif tidak dapat dielak dan kemungkinan tiada lagi skim air percuma,” katanya.
Jelas, persoalan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak berhubung isu penyelewengan Dana Rakyat di Selangor tu bukan sekadar nak mengalihkan perhatian semata - mata. Tapi ianya membuktikan bahawa Si Menteri Besar Cap Ayam tu Tak Pandai nak selesaikan masalah!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Kemungkinan Azmin jadi MB untuk satu penggal aje . Berebut rebut calon GHB nak jadi MB . Kalau nak jadi MB Selangor kena pandai bodek DAP sebab DAP big bos .

    BalasPadam
  2. Azmin langsung tak de gaya sebagai seorang pemimpin , sebagai pak turut adalah

    BalasPadam
  3. elok la tu ... 'Chicken Butt lwn Chap ayam! apa lagi tubuh lah Task Force dan PAC-alike. bila dah togel semua, pecat-memecat & lantik-melantik pulak ... macam yg dibuat pemimpin parti Be End.

    BalasPadam
  4. Kali ni.. Langkah DEIG pasti menjadi...
    Dan MELAYU KELDAI DAP MAT SABU pasti akan ambik alih selangor dr genggaman melayu..
    ORG SURUHAN DAP DARI GHB AKAN JADI MB BARU.. dan remote control kit siang akan mula berfungsi seperti pulau pinang.. Melayu di anak tiri seluruh selangor bertopeng melayu ghb

    BalasPadam
  5. Norroll suruh mama pecat je azmin ni, sebelum terlambat.Adek dia bagitau abang dia nak tubuh parti baru serpihan pkr. Azmin duit banyak ramai nak join in. Aku pon nak kalau azmin offer. Umnok tok dalang nya, pukimak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping