Selasa, Ogos 11, 2015

Terbaik!!! Gara - gara panas punggung melihat gambar mesra YAB Perdana Menteri dengan DYMM Tuanku Sultan Johor membuatkan seorang pengamal media dari Johor Bharu ni meroyan.

Sejak petang tadi berkisar didalam laman media sosial dan juga aplikasi Whatsapp mengenai dakwaan KONONnya YAB Perdana Menteri tidak dibenarkan mendarat dilapangan terbang Senai, Johor.

Sebaliknya, pihak yang membuat dakwaan itu menyatakan bahawa YAB Perdana Menteri terpaksa mendarat di lapangan terbang Singapura sebelum pergi ke sebuah Majlis di Johor hari ini.

Selain membuat dakwaan KONONnya YAB Perdana Menteri tidak diberikan sebarang sambutan, pihak yang mendakwa itu juga menyatakan bahawa tindakan tersebut dilakukan atas arahan daripada DYMM Tuanku Sultan Johor.

Namun malangnya, dakwaan yang dibuat oleh pihak yang Tidak bertanggungjawab itu adalah Tidak Benar sama sekali apabila dia hanya sekadar menyebarkan 'Half Truth' dari perkara sebenar.

Menurut sumber, Perdana Menteri telah berlepas ke Singapura pada hari Sabtu di sebelah malamnya selepas Perasmian Pertandingan Pidato Antarbangsa Bahasa Melayu yang diadakan di PICC, Putrajaya.

Beliau kemudian bertolak ke Singapura pada malam itu juga kerana Perdana Menteri mempunyai majlis di negara berkenaan iaitu sempena sambutan Hari Kebangsaan republik tersebut.

YAB Perdana Menteri kemudiannya juga turut menghadirkan diri ke Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang yang telah dijadualkan pada hari Ahad.

Maka beliau telah menaiki kenderaan dari Singapura dan selepas mesyuarat selesai, beliau kembali semula ke Singapura bagi menyertai program rasmi di Negara Republik itu. 

Program itu juga turut dihadiri oleh pemimpin - pemimpin Negara ASEAN serta DYMM Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kesimpulannya, dakwaan yang dibuat oleh pihak yang Tidak bertanggungjawab itu jelas bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan serta mencemar hubungan baik diantara Tuanku Sultan Johor dan juga Perdana Menteri. Kot ye pun diorang tak suka dengan PM, jangan la fitnah Sultan pulak!!!
Categories:

15 ulasan:

  1. Well x kan pemfitnah seperti ini pun dibiarkan je kot? Patut diambil tindakan undang2 kerana fitnah ini menimbulkan banyak kesan negatif terhadap mereka yg terlibat.

    BalasPadam
  2. Gambar tahun bila tu ??......tak usah spin le ..seantero dunia orang dah tau siapa PM tu..??.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar diSingapura. Baju yang dipakai semasa menghadiri adalah sama dengan baju yang dia bergambar. Kita diJohor Bahru dapat menyasikan siaran secara langsung. Sah ini gambarr terbaharu.

      Kalau tak suka pun jangan putar belit. Gambar lama konon. Kalau dah bangang tu tetap bangang. Kamu asal dari keturuan Gambungan Haprak Bangang ke?

      Padam
  3. Perasmian umno bahagian pasir gudang adalah atas permintaan najib dan bukannya atas jemputan umno oasur gudang ...itu dijelaskan khaled dinhadapan perrwakilan...

    Kalau Najib nak bergambar dengan Tuanku...takkan Tuanku nak tolak.

    Betsetuju Najib Presiden umno tetapi hormat kepada Timbalan Presiden sedikitpun tidak kurang.
    ITU PRINSIP UMNO JOHOR ATAS LINDUNGAN TUANKU SULTAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oi tolong lah. UMNO Pasir Gudang dah lama mengundang PM kerana ketua bahagiannya YB Khalid Nordin. Tak tahu jangan buat fitnah.

      Sultan Johor tahu akan komplot Muhyiddin bersama Dr. M nak gulingkan kerajaan. Dia bukan macam kau sepatah haram tak tahu. Apa yang RBA tulis percaya 100%.

      Bodoh punya orang. Macam ni punya manusia pun ada.

      Padam
    2. nujum pak belalang bersuara......

      Padam
    3. Isu remeh jgn dipanjangkan, banyak lagi isu2 penting, Melayu terus maju jgn banyak politiking.

      Padam
    4. Agak2 kluangman ni RBA kot.

      Padam
  4. The problem is Najib is slow to react This is the best chance for him to do what is right for his honour His reputation has been some how tarnish due to the 1MDB and the 2.6 billion donation scandal He must clear his name with concrete proof and evidence in order to make the rakyaat trust his government Come on Najib show the rakyaat what you are made off Dont hide face the critic head on if you need to sue so be it if not the trust of the rakyaat will dwindle and BN will be the opposition after the next election

    BalasPadam
  5. Pm najib kenalah segera menjawab tuduhan. Janganlah sampai cerita macam ni jadi viral dan menimbulkan fitnah. Kita perlu seorang PM yang tegas dan cepat bertindak terhadap sesuatu isu yang berlaku. Janganlah bila sudah serius baru nak terkial2 membuat penafian. Mintak berubah la PM. jangan biar pembangkang mengambil kesempatan atas kelemahan PM sendiri yang lambat memberi pencerahan. Hidup umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib banyak kerja. Mana sempat nak jawab tohmahan. Dicadangkan Najib ambil staff khusus untuk menjawab tohmahan dengan pantas, supaya x jadi viral.

      Padam
  6. najib ni dr start jd pm sampai skrg tak henti2 bekerja utk rakyat. dan setengah rakyat tu pulak tak henti2 fitnah dan hina dia dari dulu.
    kalau betul lah duit berbilion masuk kantung dia apasal nama dia tak tersenarai dalam richest man in malaysia list?

    BalasPadam
  7. kalau pm datang ke tanah air sendri dgn kereta plat singapork apa ertinya...tidak rasa denyut nadi rakyat langsung...mudah di beli...tiada semangat patriotik langsung...aku tak nak pm macam ni..

    BalasPadam
  8. Nak tau betul kena tanya laa Sultan Johor sendiri. Korang sebuk2 buat pe especially admin ni, jaga Sultan sendiri dah, pegi main bola jauh.. Kot2 dia respond, ada yg terkedu lak.

    BalasPadam
  9. iklan rokok 'rokok membahayakan kesihatan!'.kaki rokok ada siapa kesah.yang tak merokok tumpang semangkok tadak hal laaa.doktor2 gak terkulat kerana fakta tidak penting pada masyaaaa he he

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping