Isnin, Ogos 10, 2015

Huh! Tak habis - habis berangan puak - puak PAS ni rupanya. Mungkin diorang ni dah terlebih makan Buah Berangan gamaknya. Maka sebab itulah diorang suka bermimpi disiang hari.

Sedangkan sebelum ini pun, PAS tetap GAGAL untuk mendapatkan sokongan dari kalangan rakyat di Sarawak gara - gara pembawakan agenda songsang dalam dasar perjuangan parti mereka.

Jadi, bagaimana mungkin mereka masih boleh pasang angan - angan untuk mendapat tempat di Pilihan Raya Negeri kali ini dalam keadaan parti mereka sendiri pun tengah huru hara?

Macam mana PAS nak meyakinkan pengundi bahawa mereka layak dipilih sebagai Wakil Rakyat sedangkan mereka nak menguruskan parti sendiri pun masih bercelaru dan tak tentu arah?

Sewajarnya, PAS perlu sedar bahawa dalam keadaan sekarang ni, mereka sangat sukar untuk mendapatkan kepercayaan daripada rakyat akibat Pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu.

Maka, PAS sepatutnya Bersihkan dulu parti mereka daripada pengaruh Pengkhianat - Pengkhianat tu sebelum diorang berangan - angan nak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri di Sarawak nanti!!! Jangan penyudahnya nanti, diorang memalukan diri sendiri!!!
KUCHING: PAS merancang untuk bertanding di lebih 10 kawasan pada pilihan raya negeri Sarawak (PRN) akan datang, dengan enam daripadanya sudah dikenal pasti manakala selebihnya masih dalam perbincangan antara parti itu dengan sekutunya PKR Sarawak.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata enam kawasan itu terdiri daripada Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Belawei.

Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi PAS nanti lebih besar berbanding PRN sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai terhadap mereka, walaupun sedar PAS bakal berhadapan cabaran besar ekoran perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan kemunculan Gabungan Harapan Baru (GHB).


Bercakap pada persidangan media selepas melancarkan jentera pilihan raya Negeri Sarawak Dewan Pemuda PAS di sini lewat malam Sabtu, Nik Abduh berkata berdasarkan kajian yang dijalankan parti itu di Sarawak, pembangkang dilihat bakal menghadapi cabaran besar pada pilihan raya negeri Sarawak kelak.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping