Selasa, Ogos 25, 2015

Badan Perhubungan PAS Selangor hari ini mengumumkan pihaknya telah mengambil alih pentadbiran tiga kawasan Pas di negeri itu iaitu di Kota Raja, Shah Alam dan Kelana Jaya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pengambilalihan tiga kawasan tersebut dibuat mengikut peruntukan dalam Fasal 26(9)(j) Perlembagaan Pas (Pindaan 2011).
"Jawatankuasa Tadbir Sementara ini berkuasa untuk melaksanakan fungsi-fungsi dan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan dan ia bagi melicinkan proses mengisi kekosongan jawatan.
"Pentadbiran Pas Kota Raja dan Shah Alam, proses pelantikan jawatan-jawatan pemangku dan ahli jawatankuasa kerja kawasan itu telah disahkan setiausaha agung Pas Pusat dalam satu pertemuan pada 21 Ogos lalu di Pejabat Agung Pas," katanya pada sidang media di Badan Perhubungan Pas Selangor, di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai peletakan jawatan beramai-ramai ahli jawatankuasa Pas Selangor di beberapa kawasan termasuk semalam seramai 10 pemimpin dari kawasan Hulu Langat.

Ahmad Yunus juga turut mengumumkan muka baharu bagi menggantikan Yang Dipertua Pas Kota Raja dan Shah Alam, masing-masing ialah Muhammad Diah Baharom dan Abdul Halim Omar, manakala Kelana Jaya akan diumumkan pada minggu ini.

Jawatan tersebut menjadi kosong apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Khalid Samad (Shah Alam) mengumumkan meletakkan jawatan dalam Pas, pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus berkata lagi, peletakkan jawatan itu tidak menjejaskan urusan pentadbiran dan pengurusan Pas di tiga kawasan terbabit.
"Peletakkan jawatan ahli-ahli tersebut juga tidak memberi kesan terhadap status pembubaran kawasan dan cawangan kerana kuasa untuk membubarkan cawangan adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berdasarkan Fasal 26(9)(j)," katanya lagi.
PS: Heh! Nampak sangat la Si Khalid Samad dan Si Meriah Kari tu mudah sangat untuk dicari ganti. Diorang ingat selama hari ni, diorang BAGUS sangat ke? Jangan mimpi la!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. apa#2pun tahniah kpd pas.
    ...buang yg keruh teng teng teng ambil yang jernih...
    sonang la itu!!!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping