Jumaat, Ogos 21, 2015

Tidak seperti yang berlaku sebelum ini dimana PAS Kota Raja telah mengumumkan perletakkan jawatan mereka beramai - ramai turut disertai oleh Ahli Parlimen mereka sendiri, Si Siti Mariah.

Walaupun ada yang memberikan alasan kononnya Si Siti Mariah tu merupakan Naib Yang DiPertua PAS Kota Raja, namun kehadiran dia sebagai seorang Wakil Rakyat juga memberikan impak.

Namun malangnya, perkara yang sama tidak berlaku di Shah Alam dimana bukan sahaja Ahli Parlimen mereka tidak kelihatan, malah sesi pengumuman secara rasmi juga tidak diadakan.

Sebaliknya, laporan mengenai pengumuman perletakkan jawatan PAS Shah Alam itu hanya dibuat melalui kenyataan yang diedarkan kepada pihak media dengan menggunakan aplikasi Whatsapp.
SHAH ALAM - Lapan belas anggota jawatankuasa Pas kawasan Shah Alam meletak jawatan dan dijangka akan menyertai Gerakan Harapan Baharu.

Mereka termasuk yang Dipertuanya, Azli Yusof, Timbalan Yang Dipertua Zulkifli Mohd Nani, Naib Yang Dipertua Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda Helmi Radzuan.

Mereka mengikut jejak beberapa pemimpin Pas kawasan Kota Raja, Klang dan Kapar yang meletak jawatan semalam.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata peletakan jawatan itu bukan bertujuan untuk melemahkan jentera Pas di Shah Alam, tetapi bagi menyertai usaha memperjuangkan Islam melalui wadah yang lebih diyakini.


"Peletakan jawatan ini telah dimaklumkan secara rasmi dalam Mesyuarat Pas Kawasan Shah Alam semalam," kata mereka dalam kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.
Soalnya, kenapa Si Khalid Samad tu tak nak bawak Ahli Jawatankuasa PAS Shah Alam tu berjumpa dengan pihak media dan buat pengumuman mengenai perletakkan jawatan mereka secara terbuka?

Atau, adakah Ahli Jawatankuasa PAS Shah Alam ni juga sama Bacul seperti Wakil Rakyat mereka yang masih lagi enggan melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Shah Alam secara terhormat?

Kalau setakat lepaskan jawatan dalam parti je, buat apa? Bukannya mendatangkan sebarang faedah pun. Diorang tetap juga akan dilabelkan sebagai Pengkhianat selagi masih menjadi ahli. Atau, adakah ahli PAS yang nak jadi Geng Haprak Baru ni semuanya takde maruah belaka???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping