Isnin, Ogos 10, 2015

Huh! Nampak gayanya usaha dan percubaan puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak merosakkan nama baik Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO masih lagi tak kesampaian.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah bersekongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, selaku orang nombor dua dalam parti yang ditunjangi orang Melayu itu, adalah tidak munasabah dan tak masuk akal lansung untuk beliau berbuat demikian.
"Saya tidak ada komplot untuk tumbang perdana menteri dengan bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor (Mohamed Azmin Ali) dan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)... kedua-dua telah nafi dan saya tidak perlu nafi atau cakap kerana saya tidak terlibat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau yang berada dalam UMNO selama lebih 40 tahun nekad untuk menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai timbalan presiden bagi meneruskan perjuangan membela orang Melayu.

Beliau seterusnya mengingatkan anggota UMNO terutama di Selangor supaya tidak mudah mengaku kalah untuk menguasai semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.   

Merujuk kepada pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi Umno, Muhyiddin berkata, anggota parti terutama sayap Pemuda perlu mengutamakan soal kepentingan perjuangan parti melebihi pangkat dan jawatan yang disandang.
"Tugas kita untuk selesai cari jalan isu-isu seperti GST (Cukai barang dan Perkhidmatan), pengangguran anak-anak muda, kenaikan harga kos barang selain dibebani masalah lain yang berlegar dan membawa beban," katanya.
Kepada pimpinan Pemuda yang mempunyai idealisme baharu itu, beliau menasihatkan golongan itu supaya menggunakan platform yang tepat bagi mengutarakan isu dan pandangan selaras dengan perkembangan arus semasa.
Categories:

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping