Huh! Memang sedap la Si Ostazah pening tu malam ni. Mana tidaknya, dapat jugak la dia berteman untuk meneruskan kehidupan dia dimasa akan datang walaupun untuk kali yang ketiga.
Kalau sebelum ini, dia mengalami kegagalan dalam rumah tangga akibat sifat kurang sabar dia sebagai seorang isteri. Kali pertama dulu, dia tuduh suami dia ada hubungan sulit dengan wanita lain.
Biarpun kemudiannya mahkamah membuat keputusan, dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan dengan sah. Kali kedua, dia tuduh Si Suami dia pulak dengan pelbagai dakwaan yang bukan - bukan.
Tapi kali ini, kita doakan semoga Si Ostazah Pening ni bertemu dengan kebahagiaan yang sebenar. Jangan dia bertambah pening jugak lepas ni sudah la. Dah la parti yang dia sertai tu sendiri pun dah semakin bertambah pening!!!
KUALA LUMPUR - Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi sah bergelar isteri kepada wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah, Muhammad Faizal Zakaria dengan sekali lafaz.
Majlis berkenaan diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat.
Upacara akad nikah disempurnakan oleh Iman Masjid As-Sobirin, Osman Daud. Abby diwalikan oleh bapanya, Abdul Manan Tadin.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.
Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan 11 dulang barangan hantaran antaranya senaskah Al-Quran, tas tangan, telekung, jam tangan, wangian dan buah-buahan dan manisan.
Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk sejadah, kasut, dompet, jam tangan dan buah-buahan. Hampir 200 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin.
Muhammad Faizal yang juga duda beranak tiga berkenalan dengan Abby pada 2012 namun ia sekadar hubungan profesional di antara wartawan dan selebriti. Bagaimanapun hubungan mereka kembali rapat pada akhir tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Ab malam ni uzur sikit silap haribulan semut,tapi takpa esok masih ada, god night semut.
BalasPadamdia aje yg sedap....aku tak dpt pun..sobs
BalasPadam