Isnin, Ogos 24, 2015

Heh! Nampak gayanya puak - puak Geng Haprak Baru tu dah semakin tertekan apabila terus didesak oleh semua pihak agar mereka lepaskan jawatan yang disandang pada ketika ini.

Nak pulak kepada mereka yang menjadi Wakil Rakyat sama ada Ahli Parlimen mahupun ADUN biasa. Kalau setakat lepaskan jawatan dalam parti je, baik tak payah. Bukannya mendatangkan faedah pun.

Tapi, mati hidup semula pun diorang takkan buat seperti apa yang didesak oleh pihak - pihak tersebut. Sebaliknya, diorang akan bagi macam - macam alasan bertaraf Longkang belaka.

Hakikatnya, Geng Haprak Baru ni lebih mengutamakan kepetingan Politik Peribadi diorang sendiri jika nak dibandingkan dengan perjuangan. Maka sebab itulah diorang bagi macam - macam alasan.

Sebagai contoh, alasan yang diberikan oleh Setiausaha Geng Haprak Baru ni. Baru sekarang la dia nak meroyan dan menganggap desakan tersebut sebagai 'Tidak Adil' dibuat terhadap mereka.

Alasan yang dia berikan, desakan yang dibuat tu KONONnya tidak menepati sistem Demokrasi Pilihan Raya yang dilaksanakan dimana diorang tidak akan dibenarkan bertanding selama 5 tahun.
"Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini. Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat Adun dan ahli Parlimen yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama 5 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tapi IRONIKnya, masa perlaksanaan Agenda Langkah Kajang yang direncanakan oleh puak - puak PKR tu sebelum ini, tak nak pulak diorang bersuara. Kenapa diorang hanya mendiamkan diri?

Jika dilihat dari satu sudut, jika benar diorang ni nak memperjuangkan Hak Rakyat seperti mana yang diwar-warkan selama hari ini, sudah pasti diorang tak kisah jika tak bertanding sekali pun.

Maka, alasan yang diberikan oleh Setiausaha Geng Haprak Baru tu jelas membuktikan bahawa diorang lebih sayangkan jawatan yang dipegang daripada nak memperjuangkan rakyat itu sendiri. Jadi, tak payah la diorang nak salahkan sistem Pilihan Raya pulak!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Memperjuangkan hak rakyat itu hanyalah wayang dan omongan kosong untuk menjerat pengundi. Realitinya perjuangkan poket sendiri, kah kah kah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk mnta derma lh kt GHB ni, mna tau dpt rm4.5bil.. aku wat snyap dh le, hehehe..kaya2

      Padam
  2. Nk mnta derma kt ghb, mne tau dpt 4juta.. lps 2 aku wat snyap je, khehehe.. kaya2

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping