Sabtu, Ogos 22, 2015

Jika pada Selasa, Azmin berdepan ibarat buku bertemu ruas dengan bekas MB yang juga ADUN Bebas Pelabuhan Klang itu berdebat mempertikaikan tindakannya sengaja ‘mengubahsuai’ MBI melalui penubuhan DEIG.

Pada Rabu, ADUN Hulu Klang, Saari Sungib yang digantung keahlian Pas selama setahun bangun mengusulkan agar operasi DEIG yang penuh misteri dan keraguan integriti itu langsung dihentikan dengan serta-merta.

Bercakap dalam sidang DUN, beliau menegaskan sekali lagi bahawa kebimbangan hampir majoriti wakil rakyat Selangor adalah berkenaan keperluan untuk menubuhkan satu lagi entiti baharu sama fungsi seperti MBI.

Dalam masa sama, Saari bimbang akan kurangnya keseimbangan kredibiliti dalam proses urusan pentadbiran apabila DEIG dan MBI secara kebetulan pula kini ‘dikuasai’ oleh orang yang sama iaitu Azmin sendiri.

Keadaan ini nyata jauh berbeza daripada Khazanah dan 1MDB yang walaupun langsung dimiliki oleh kerajaan Pusat, tetapi masih telus melantik individu berlainan bagi segala urus tadbir korporat secara profesional.
“DEIG ini sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk strategi pelaburan kesemua anak syarikat di bawah MBI. Kebimbangan kami adalah apakah keperluan untuk menubuhkan DEIG pada masa ini?
“Walhal MBI pun sudah ada… kita hendak memastikan ketelusan dan akauntabiliti…. kita takut tidak cukup untuk semak dan imbang,” katanya ketika membahaskan usul berkenaan sekali gus mengejutkan banyak pihak.
Kedudukan dan bidang kuasa DEIG juga dikhuatiri akan melangkaui MBI yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap 12 anak syarikat terdapat dalam kumpulan induk MBI yang terus di bawah kerajaan negeri tersebut.

Sehubungan itu, Saari berpendirian penjelasan rasmi mengenai strategi dan hala tuju DEIG perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Selangor khasnya yang mula curiga melihat isu tersebut.
“DEIG akan jadi terlalu berkuasa boleh uruskan semua GLC di bawah MBI… kita hendak kurangkan kuasa syarikat itu. Kita cadang pembentangan rasmi DEIG dalam bentuk kertas putih pada sidang akan datang,” jelasnya.
Saari digantung oleh kepimpinan PAS Pusat daripada selama 12 bulan sejak November lalu ekoran tindakannya yang membelakangkan pendirian PAS berhubung isu perlaksanaan agenda Langkah Kajang dan dilabelkan sebagai 'Barua' dalam Muktamar PAS oleh Presiden parti sendiri.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Haji hadi ada peduli apa shaari sugip.tanya dia bila mau masuk parti labu, silakan boleh belah takda hal.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping