Mengikut data dan fakta lama penganjuran BERSIH 1.0 , 2.0 dan 3.0 maka setiap kali BERSIH dianjurkan sebanyak RM1.8 juta kos pihak Kementerian Dalam Negeri perlu menanggung kerugian.
BERSIH 4.0 kali ini adalah selama dua hari maka anggaran kos kerugian yang perlu ditanggung oleh pihak KDN adalah sebanyak RM3.6 juta. Sebanyak 15 000 pihak polis perlu bertugas dan bekerja setiap kali BERSIH dianjurkan.
Sebanyak 36 000 teksi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan mengalami kerugian. Kali ini mereka perlu menanggung kerugian selama 2 hari jika sebelum hari hanya sehari.
Anggaran kerugian yang mereka alami adalah sebanyak RM5.4 juta sehari dan kini untuk BERSIH 4.0 kemungkinan anggaran kerugian sebanyak adalah sebanyak RM 10.8 juta (2 hari).
Anggaran sebanyak 6000 gerai di Sekitar Kuala Lumpur. Peniaga pelbagai bangsa akan mengalami kerugian besar. Anggaran keuntungan setiap gerai adalah sekitar RM 1000 – 50 000 sehari untuk setiap gerai. Kini untuk BERSIH 4.0 adalah selama 2 hari.
Oleh itu, anggaran kerugian keseluruhan peniaga di seluruh Kuala Lumpur adalah satu angka yang terlalu besar untuk dianggarkan. Terdapat 15 Pusat Membeli Belah Utama di Kuala Lumpur akan mengalami kerugian yang amat teruk.
Pada BERSIH 3.0 yang lepas , Keuntungan Sungei Wang Plaza jatuh 30 peratus berbanding minggu-minggu biasa; Sogo, Low Yat, Starhill dan Lot 10 rugi 50 peratus manakala Pasar Seni di tutup sepanjang hari.
Petaling Street pula lebih 80 peratus kedai ditutup manakala Suria KLCC lambat buka dan kebanyakan kedai di dalamnya pula terpaksa ditutup kerana takut menjadi sasaran mereka yang tak bertanggung jawab.
Sebanyak 36 Stesyen Televisyen di Seluruh Dunia akan memaparkan tentang perhimpunan ini (setiap kali BERSIH dianjurkan). Keadaan ini juga bermakna nama baik Kuala Lumpur dan Malaysia akan diburukkan dan tercemar ke seluruh dunia.
Sektor pelancangan Malaysia akan terjejas. Kos Kementerian Pelancongan untuk menyakinkan pelancong di 44 pejabat pelancongan Malaysia di seluruh dunia perlu ditingkatkan.
Sektor pelancongan di Malaysia secara putaratanya dianggarkan menyumbang sekitar RM 4.85 billion sebluan , RM 1.21 billion seminggu dan RM 173.51 sehari dan RM 7.23 juta sejam.
Anggaran jumlah kerugian yang perlu ditanggung oleh pengusaha sektor perlancongan ini pula adalah sekitar RM 1.21 billion walaupun BERSIH dianjurkan selama 2 hari pada kali ini.
Hal ini disebabkan, untuk jangka satu minggu pelancong asing tidak akan berani datang melawat ke negara kita. Dan adalah dijangka tempoh masa ini adalah lebih daripada seminggu.
Tepuklah dada dan tanyalah selera berapa ramai dalam kalangan anda yang kini berani untuk melawat Bangkok ? Begitulah persepsi dan perasaan pelancong terhadap negara kita. Dan kesimpulannya, itulah hasrat puak - puak BERSIH ni!!! Diorang hanya sekadar nak timbulkan kekecohan je!!!
Ni semua aji ajis punya pasal dulu layan depa buat apa.tuhan ala suruh tak makan 40 hari zikir, bukan berpolitik tahalol sihasi. Jangan pakai lebai la nanti orang cakap Aji taik kucing bikin malu nabi jee. Siapa mahu tiru aji huruhara.
BalasPadam