Khamis, Ogos 27, 2015

Biarpun pelbagai pendedahan telah dibuat oleh pelbagai pihak berhubung skandal Darul Ehsan Investment Group yang menggunakan Dana Rakyat sebanyak RM 30 billion sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu masih mendiamkan diri,.

Tindakan Si Menteri Besar Selangor didakwa cuba menyembunyikan sesuatu daripada diketahui umum apabila tidak bercakap benar berkenaan operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini, Azmin memberitahu bahawa operasi DEIG akan bermula pada Januari 2016. Namun laporan The Edge menunjukkan fakta sebaliknya.
“Azmin Ali selaku Dato’ Menteri Besar Selangor beritahu dalam Dewan Undangan Negeri Selangor tempoh hari betapa Darul Ehsan Investment Group (DEIG) akan mula beroperasi mulai Januari 2016 …
“Petikan dari akhbar The Edge ini apa kes???? … DEIG cari rakan kongsi untuk bina perbandaran baru bernilai RM10 bilion,” dedah Hanisya Abdul Hamid.
Dalam laporan yang disiarkan The Edge, 8 Julai melaporkan DEIG sedang mencari rakan kongsi baharu untuk memajukan beberapa bidang tanah di Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung.

Memetik sumber daripada Ketua Pegawai Operasi Permerbadanan Menteri Besar (MBI), Selangor, Soffan Affendi Aminuddin, The Edge Financial Daily, 1 Jun melaporkan DEIG akan membangunkan lima bandar baharu dengan gabungan nilai pembangunan kasar sebanyak RM10 bilion di Selangor tahun ini.

Beliau berkata DEIG akan mengenal pasti lima rakan kongsi menjelang akhir tahun. DEIG adalah 100% milik MBI yang bertindak sebagai pemangkin kepada Unit Pelaburan Strategik kerajaan Selangor dengan menyatukan dan merasionalkan aset negeri yang bernilai kira-kira RM30 bilion.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Kalau Ah Jib Kangkong boleh songlap $42B and get away with it ,dia pun nak ikut juga!

    alfie

    BalasPadam
    Balasan
    1. RBA ni memang penipu. Mana bukti Najib songlap rm42 b? Yang aset rm51 b tu datang dari mana? Kamu yg kasi ke?

      Padam
  2. Admin penjilat bontot najib...haha...dh curik duit rakyat pastu nk cover cite pls laen plk...BUNCIT DH PEROT KO MAKAN DUIT UPAH BUAT BLOG BODOH NI???

    BalasPadam
    Balasan
    1. MB Selangor lagi teruk. Songlap harta rakyat rm30b, nasib baik ada adun yg celik mata, kalau tidal bye-byelah harta2 tu. Lagi, jual hotel Quality dan Brisdale. Cuba tenguk, kerajaan BN yg bina harta rakyat Selangor, PKR pulak jual dan balun. Ini nak menjahanam bukan membela rakyat.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping