Jumaat, Ogos 14, 2015

Memang patut dikekalkan sebab sekarang ni pemimpin PAS dah tak macam pemimpin PAS dulu. Pemimpin PAS dulu lebih mendahulukan Istiqomah dalam memperjuangkan dasar parti.

Itu sebab pemimpin PAS dulu buat sumpah Bai'ah tu kerana diorang yakin takde dikalangan mereka yang akan berpaling tadah dan membelakangkan keutamaan dalam perjuangan parti.

Tapi pemimpin PAS sekarang ni lebih memberikan keutamaan terhadap kepentingan menjaga Politik Peribadi sendiri je. Maka sebab itu diorang sanggup menjadi Pengkhianat secara terbuka. Bahkan, jadi Macai puak - puak DAPigs tu pun diorang sanggup!!!
KOTA BHARU - Persatuan Bekas Wakil Rakyat Pas Kelantan (Wira) menggesa bai'ah yang melibatkan ahli parti yang dipilih menjadi ahli Parlimen ataupun Adun, perlu dikekalkan bagi memastikan ahlinya terus istiqamah dalam perjuangan.

Timbalan Pengerusinya Zainuddin Ag Hamat berkata, selain itu bai'ah juga perlu dilihat dalam aspek positif kerana ia bukan sahaja melibatkan janji seseorang kepada seseorang yang lain, malah melibatkan ikatan seorang ahli parti itu dengan ALLAH SWT.
"Kalau haiwan berpegang kepada tali, maka manusia ini berpegang kepada janji. Kalau manusia tidak memegang pada janji bermakna kita lebih teruk daripada binatang," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Kutipan Dana Pemuda Pas Kelantan di sini, hari ini.
Zainuddin yang juga bekas Adun Limbongan berkata, walaupun Pas tidak memaksa mana-mana ahlinya untuk menerima bai'ah itu, namun lazaf itu perlu dikekalkan bagi kelangsungan parti.
"Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memandang jauh ke depan kenapa bai'ah berlaku dalam rumah tangga (parti) sebab bagi negeri yang ada pengalaman, (kita) berasa bimbang sebab manusia tidak (selamanya) istiqamah selama dia hidup, sebab itu bai'ah ini sebagai pengukuhan kepada kerajaan," katanya.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini dilaporkan berkata lafaz bai'ah telah lama diamalkan di Kelantan iaitu sejak 2004, terhadap mana-mana wakil rakyat negeri itu yang mahu meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping