Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dilaporkan telah berminat dan membuat tawaran untuk membeli dokumen dan data 1MDB yang telah dicuri oleh Justo. Demikian lapor TV14.
Pendedahan tersebut telah di buat melalui salinan komunikasi antara Justo dan Clare Brown (editor Sarawak Report) yang telah membuat fitnah terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Menurut bukti komunikasi yang didedahkan diantara Brown dan Justo itu, Si Nurul Izzah tu didakwa telah menawarkan habuan yang berjumlah sebanyak AS$2 juta kepada Justo.
Namun Justo tidak bersetuju kerana Izzah mahu membuat bayaran tersebut melalui kontrak kerajaan bernilai AS$2 juta apabila mereka (Parti Keadilan Rakyat) menjadi Kerajaan Malaysia.
Melalui sumber yang diperoleh, perbualan komunikasi tersebut adalah dipetik daripada aplikasi WhatsApp antara Justo dan Brown. Izzah hanya menggunakan “orang tengah” iaitu Brown untuk membuat rundingan lanjut.
Maka persoalannya sekarang, adakah Si Nurul Izzah tu termasuk dalam kategori golongan rakyat Malaysia yang sanggup “menderhaka” kepada Negara demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri?
Jika dilihat dari satu sudut, perkara tu tak mustahil dilakukan oleh anak kepada Si Ketua Penipu tu. Sedangkan sebelum ni pun dia sanggup menabur fitnah terhadap calon Barisan Nasional kerana nak kekal menjadi Ahli Parlimen.
Jadi, tak heran kalau dia sanggup buat benda yang sama untuk merampas kuasa pemerintahan Negara yang menjadi idaman Papa dia yang meringkuk dalam penjara sekarang ni. Waima mintak bantuan Yahudi sekali pun dia sanggup!!!
Ini dah dikira melakukan rasuah melalui janji. Semoga ada yang mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak polis
BalasPadam