Sabtu, September 05, 2015

Hahaha!!! Memang tak syak lagi. Hakikatnya, Bekas Peguam PAS ni memang dalam keadaan terdesak untuk menghalalkan tindakan Geng Haprak Baru tu menjadi Pengkhianat kepada parti.

Hanya semata - mata mereka terdesak nak mencari jalan agar Pengkhianatan itu menjadi satu tuntutan wajib dan tidak dipandang hina oleh rakyat, maka tercetus la pelbagai alasan yang bertaraf Longkang.

Masing - masing sibuk nak menutup kemaluan sendiri. Namun MALANGnya, kain untuk menutup kemaluan diorang tu hanya secebis 'Kain Perca'. Tutup tang 'Anu', tempat lain pulak terdedah.

Mungkin itulah akibatnya bila diorang melanggar sumpah Bai'ah yang dibuat. Apa yang pasti, nasib malang yang menimpa puak - puak Pengkhianat tu semuanya boleh dianggap sebagai Khifarah terhadap dosa yang telah dilakukan. Tapi, itu pun kalau diorang sedar diri. Kalau tidak, pergi jahanam la jawabnya!!!
SHAH ALAM: Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh 'hairan' dengan tindakan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Hanipa Maidin yang mengaitkan kontroversi baiah dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Yang pertamanya, beliau bukan seorang ahli agama dan tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang syariah Islam. 

"Keduanya, apakah kaitannya baiah dengan pelaksanaan hudud? Saya tidak faham apakah maksud yang ingin disampaikannya," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Terdahulu Hanipa menyifatkan desakan PAS terhadap bekas pemimpin-pemimpin parti itu yang melanggar baiah sehingga jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing mencerminkan petanda tidak baik terhadap agenda PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

Ahli Parlimen Sepang itu menyelar sikap PAS itu kerana menyebabkan ramai pihak berpandangan PAS lebih gemar menghukum berbanding menegakkan keadilan.

Menegaskan kontroversi baiah tersasar jauh dari isu hudud yang cuba diketengahkan Amanah, Nik Zawawi kemudiannya menggesa ahli-ahli parti politik baru berkenaan melihat kembali niat mereka ketika melafazkan taat setia itu.


"Mereka kena teliti dengan baik. Jawab dengan jujur dan ikhlas kerana Allah SWT mengetahui apakah yang sebenarnya di dalam baiah mereka. Saya tahu di dalam hati kecil mereka terasa bahawa baiah mereka adalah satu perkara besar. Namun kerana sikap ego menyebabkan mereka mencari seribu satu alasan untuk membatalkan baiah," tegasnya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping