Sebanyak dua laporan polis dibuat di balai polis Seksyen 6 di Shah Alam berhubung berita palsu yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah murtad dan memeluk agama katolik.
Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan setiausaha sulit putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang Isnin.
Kedua-dua pengadu itu berkata, mereka menjumpai status yang telah dikeluarkan oleh seorang pengguna menggunakan nama samaran "Rahim Tambychik", semasa menggunakan laman sosial itu Istana Mestika di Seksyen 7, Shah Alam pada kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu.
Menurut status itu: "Berita pertukaran agama oleh Putera Sultan Selangor, Tengku Amer Shah, ke Katholokisme amat menyedihkan umat Islam di seluruh negara dan dunia.
Kesedihan ini ditambah dengan dua tragedi timpa umat Islam di Mekah dan Arafah. Moga hasrat Sultan Selangor bertemu Pope Vatican City akan berhasil."
"Oleh itu, polis akan mengambil tindakan terhadap pengguna Facebook yang menggunakan nama "Rahim Tambychik" bagi mengelakkan sebarang tanggapan negatif terhadap Raja Muda Selangor dan juga keluarga diraja Selangor.
"Dipercayai tindakan ini akan menghentikan segala bentuk salah guna atau tuduhan liar yang dilemparkan kepada Raja Muda Selangor, dan juga Sultan Selangor," kata mereka.
Siasatan awal yang dibuat oleh Polis juga turut menunjukkan bahawa dakwaan itu dibuat hanya berdasarkan kepada sebuah artikel palsu yang telah lama diterbitkan secara dalam talian sebelum ini.
Ia kemudiannya diikuti dengan kenyataan amaran daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 25 Julai lalu kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin itu.
Difahamkan, akaun halaman Facebook palsu di atas nama "Rahim Tambychik" itu sudah tidak lagi boleh dicari dan pihak Polis percaya bahawa ianya telah dipadamkan oleh individu terbabit.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan yang tidak wajar terhadap kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.