Sabtu, September 26, 2015

Wajah-wajah dalam gambar NST baru-baru ini sepatutnya ceria-ceria belaka maklumlah satu pakatan pembangkang yang baru telah selamat dilancarkan. "Tanpa PAS", tajuk Sinar Harian.

Lihat wajah sugul Kit Siang. Begitu juga murung pada wajah Dr Mariah, Anuar Tahir, Samad Said. Mat Sabu pula sengeh paksa dan begitu juga DS Dr Wan Azizah.

Difahamkan ketika gambar ini diambil wartawan sedang melontarkan beberapa soalan kontroversi khasnya tentang penglibatan beberapa NGO dalam gabungan Pakatan Harapan tu.

Ya rundingan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan itu juga dikatakan turut melibatkan pimpinan NGO dan parti-parti lain. Tapi, ada tak yang mewakili NGO dalam gambar ini?

Jawapnya tidak ada seorang pun semuanya orang parti belaka iaitu sama ada DAP, PKR atau Parti Pekerja. Mana NGO - NGOnya? Mana PSM dan sekutu - sekutu lain dalam Pakatan?

Bermakna benarlah kelahiran tergesa-gesa ini sesungguhnya hanya semata-mata mahu memberi nyawa pada anak baru kelahiran DAP iaitu Parti Pekerja yang telah diambil-alih oleh pengkhianat-pengkhianat PAS.

DAP tendang PAS keluar Pakatan Rakyat. DAP bercita-cita merobah pimpinan tertinggi PAS dalam pemilihan Muktamar baru-baru ini tetapi GAGAL apabila semua proksi mereka kecundang.

Lalu tiada cara lain bagi memelihara ego DAP yang calar itu selain melahirkan parti baru yang kononnya punya upaya menggantikan PAS. Dan berlangsunglah majlis pelancaran Pakatan Harapan atas desakan DAP yang selebihnya adalah sejarah.

Kerana itu kelahiran tergesa-gesa ini dipertikaikan banyak pihak sehinggakan Ambiga Sreenevasan bekas Presiden Majlis Peguam juga turut mempersoalkan: Why the rush to set up new opposition pact….

Ambiga bertanya mana PAS? Adakah kerana mahu menyisihkan PAS maka rundingan meja bulat yang tergesa-gesa ini diadakan? Ambiga dan penganjur BERSIH 4.0, Maria Chin difahamkan telah keluar dari persidangan tanpa hadir sidang media ini.

Apa pun semua dah selesai. Pakatan ini hanya lahir dari persetujuan 3 parti sahaja. Yang puas hati dan paling gembira sudah pastilah DAP dan anak-anak pengkhianat PAS yang dilahirkannya. Itu je sebab diorang buat Pakatan Tergesa - Gesa!!!

Categories:

1 ulasan:

  1. Apa saja yang dilakukan dengan tergesa-gesa penyudahnya tidak sempurna.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping