Rabu, September 09, 2015

Ekoran pendedahan yang dibuat oleh Bekas Kakitangan PetroSaudi dalam temubual Eksklusif bersama akhbar News Straits Times membuatkan Si Nurul Izzah tu mula meroyan.

Ianya menyaksikan Naib Presiden PKR tu Anwar hari ini mengarahkan peguamnya agar mengambil tindakan undang - undang terhadap akhbar Berita Harian dan News Straits Times (NST).

Dalam kenyataan yang dibuat, Si Nurul Izzah tu turut mendakwa, kedua-dua akhbar tersebut telah membuat laporan berunsur penipuan keatas dirinya berhubung isu yang didedahkan oleh Justo.
“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan USD2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya parti pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.
“Saya telah mengarahkan peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas NST dan Berita Harian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Akhbar terbabit dalam laporan muka depan hari ini mendedahkan, butiran siasatan kes membabitkan Justo, termasuk pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan dirinya sendiri.

Bahkan, Si Justo tu juga turut mendedahkan Nurul Izzah sebagai individu yang berminat untuk membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (lMDB) yang dicurinya pada tahun 2011.

Bagaimanapun Si Justo tu tetap menegaskan bahawa anak kepada Si Ketua Penipu yang kini sedang merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat bahawa dia "Bukan Pembeli yang Berpotensi".

Malah Si Justo tu turut mendakwa Si Nurul Izzah tu sebagai seorang yang "dikuasai sifat tamak" sehingga mahu membuat bayaran tunai berjumlah USD2 juta (RM8.62 juta) bagi dokumen berkenaan.

Pengakuan itu juga menyebut, apabila Si Nurul Izzah menawar untuk membayar dalam bentuk kontrak Kerajaan yang bakal diperoleh sebaik sahaja Pembangkang mengambil alih kuasa, Justo tegas menolaknya.

Selain itu, Si Justo mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebagai individu yang bertanggungjawab bertindak sebagai broker yang membawa Izzah ke dalam urusan itu.

Kesimpulannya, tindakan Si Nurul Izzah tu memfailkan tindakan undang - undang terhadap dua akhbar tu memang sangat dialu - alukan. Setidak - tidaknya, boleh juga kita tengok siapa yang benar. Jangan lepas ni Si Nurul Izzah tu mintak kes diselesaikan diluar mahkamah sudah la!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Apa pon bak kata moyang2 Melayu purbakala : tangan yang menchinchang bahu yang memikul....berani kerana benar takut kerana salah. ..anyway prove yourself Nurul...

    BalasPadam
  2. Memanglah meroyan. Bila terselak kain, kan nampak tu .... hodoh sikit rupanya. Bukan saja malu .... nampak dah camna. Faham apa yg dimaksudkan !

    BalasPadam
  3. Dia geli fasal ada semut masuk dalam kain dia kot.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping