Isnin, September 14, 2015

Dikala puak - puak PKR sesak nak mengekalkan sokongan PAS dan mengajak mereka menyertai Pakatan 2.0, lain pulak pandangan yang diberikan oleh Presiden PAS ni terhadap langkah tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden parti itu hari ini seolah - olah menyindir tindakan - tindakan 'Songsang' yang dilakukan oleh PKR terhadap kepimpinan parti itu sebelum ini.

Jika tahun lepas, Hadi Awang telah melepaskan geram dengan mendakwa terdapat `Broker’ dan `Barua’ yang mencuri dua ADUN PAS di Selangor untuk menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
"Ini ada pula, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat kita, inikah etika kita bertahaluf? Kita tidak akan memandang ringan dua wakil rakyat kita yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua,” katanya.
Meskipun tidak menyatakan pada siapa kecaman itu, namun semua dapat mengagak bahawa ia ditujukan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa membeli dua Adun PAS itu.

Selepas memberikan gelaran `broker’ dan `barua’, Hadi Awang sekali lagi menarik perhatian apabila merujuk pihak-pihak tertentu sebagai "Babi" ketika berucap dalam perasmian Kongres Rakyat di Shah Alam, Sabtu lalu.
“Anjing tidak salak bukit tetapi anjing salak babi di bukit itu,” katanya dalam ucapan yang mengejutkan ramai, apatah lagi ia dilihat sebagai satu bahasa yang kasar.
Mungkin kerana terlalu marah, Hadi Awang sanggup meluahkan kritikan pedas dan memberikan gelaran seperti itu tetapi persoalannya kepada siapa gelaran "Babi" berkenaan ditujukan?

Apatah lagi beliau juga turut menyatakan bahawa, “kita ‘menyalak’  kelemahan yang berlaku dan najis yang mempalit kita semua,”  sindirnya keras seperti yang dilaporkan TV14.

Kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS itu kemudiannya menjadi persoalan besar apatah lagi dalam ucapannya itu beliau juga turut menyentuh mengenai perjuangan Pakatan ke Putrajaya.

Ada yang meneka bidalan panas dan berbisa berkenaan ditujukan kepada puak - puak DAPigs, tetapi juga ada yang menyatakan bahawa ia tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Apatah lagi dalam ucapannya itu Hadi Awang menegur rakyat Malaysia yang bercakaran sesama sendiri dan ia merupakan punca kepada permasalahan yang berlaku hingga mengakibat pelbagai masalah.

Apapun beliau menekankan kepada peranan orang Melayu dengan meminta mereka memainkan peranan menyelamatkan negara atas nama Islam. Sekali lagi timbul persoalan, siapa Babi yang dimaksudkan oleh Hadi? Selebihnya, korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tp masih juga nak kawan dgn "barua atau babi" tu..xfaham pendirian pas ni...pemimpin pun pening camana yg dibawah ni xpening..pf pas juga lg mulia dap dr umno so xblh nak ckp apa dah la..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping