Rabu, September 02, 2015

Berikut disiarkan semula pendedahan yang telah dibuat oleh Fesbuk Bureau of Investigation atau digelarkan sebagai FBI Malaysia terhadap kekayaan yang dimiliki oleh Kroni Si MB Cap Ayam tu.

Kata mereka, individu bernama Raja Shahreen itu bukanlah seorang ahli korporat dan ahli perniagaan yang dikenali sebelum ini. Mempunyai isteri bernama Rossmaniyah Binti Mohamed Nawi.

Namun, walaupun mempunyai latar belakang korporat dan perniagaan yang tidak jelas dan meragukan, Raja Shahreen tetap hidup mewah. Tidak percaya Raja Shahreen hidup mewah?

Cuba semak semula nombor plat kenderaan ini dengan pihak berkuasa dimana semuanya telah didaftarkan atas nama Raja Shahreen sendiri :- WA16P, DCN858, BED9912 dan DAG9882.
"Kali ini, FBI Malaysia hanya akan mendedahkan dua jenis kenderaan mewah milik Raja Shahreen iaitu :-

a) WA16P - Mercedes Benz, model E200 W212C tahun 2014 (Tahun Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor)

b) DCN858 - Mercedes Benz, model C300 W204 tahun 2012" - lapor laman Facebook FBI Malaysia
Dari hasil semakan yang dibuat, harga jenis kereta Raja Shahreen WA16P adalah tidak kurang dari RM366,888, manakala sebuah lagi kereta Raja Shahreen iaitu DCN858 pula adalah RM320,888.

Soalnya, walaupun sudah sedia ada mempunyai kereta mewah bernilai RM320,888, bagaimana Raja Shahreen masih mampu untuk menambah sebuah lagi kereta mewah yang lebih mahal pada tahun 2014???

Adakah kemungkinan segala kemewahan ini adalah hasil daripada wang rakyat Selangor kerana REALITInya, selain daripada memegang jawatan CEO DEIG, Raja Shahreen juga adalah CEO MBI.

Malah, tidak cukup dengan itu sahaja. FBI Malaysia turut mendedahkan Raja Shahreen juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi 3 buah GLC Selangor dan juga Pengarah di sebuah GLC Selangor yang lain.

Jadi, tidak mustahil sekiranya ada pihak mendakwa Si Raja Shahreen tu mampu hidup dan bergaya penuh mewah serta memandu kereta buatan Jerman yang memang mahal harganya.

Tinggal lagi, apa menyedihkan ialah apabila rakyat Selangor masih ternanti - nanti rumah mampu milik dari Rejim Pakatan Selangor, muncul seorang individu yang merampas semua kemewahan mereka.

Apa yang pastinya, kejayaan Rejim Pakatan Selangor yang dipimpinan oleh Si Menteri Besar Cap Ayam adalah dengan menjadikan SEORANG anak Selangor menjadi kaya raya sedangkan dalam masa yang sama, anak - anak Selangor yang lain semuanya melopong!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping