Selasa, Oktober 06, 2015

Kalau dirujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO semalam, ada beberapa pemimpin yang sedang dipantau oleh Lembaga Disiplin. Terutama mereka yang Pro Tun Mahathir.

Jadi, adakah Naib Presiden UMNO ini juga turut menjadi salah seorang dari pemimpin - pemimpin yang disiasat oleh Lembaga Disiplin parti tersebut dengan kenyataan yang dikeluarkan?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Datuk Seri Hishamuddin menegaskan bahawa adalah tidak wajar bagi mana - mana pihak mendakwa Tun Mahathir sebagai Pengkhianat.

Walaupun tidak menafikan bahawa tuduhan serta dakwaan sebarangan yang dibuat oleh Tun selama hari ini mampu merosakkan parti, namun tidak sepatutnya Tun dilabelkan sedemikian.
“Kalau dari segi parti tidak ada (pengkhianatan). Juga tuduhan Mahathir juga bukan suatu perkara baru,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Majlis Pra-Pelancaran Malaysia United Run, pada Selasa.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, kritikan Dr Mahathir terhadap pemimpin dan UMNO boleh memecah belahkan parti.

“Ini (kritikan) tidak patut diteruskan sebegitu rupa atau tak patut dilayan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Ini kerana ia boleh memecah belahkan kita. Lebih-lebih lagi dalam parti. Kalau tanya dia memburukkan keadaan di parti, setakat ini saya rasa tidak,” katanya.
Pokok pangkalnya, UMNO perlu bersikap lebih terbuka dalam menerima sebarang kritikan dan komen yang diberikan. Jangan mudah sangat nak buat dakwaan dan melabelkan sesama sendiri.

Hakikatnya, tindakan seperti itu tidak akan mengukuhkan parti. Sebaliknya membuatkan parti dilihat semakin jumud dan tertutup dari sebarang kritikan yang diberikan oleh pelbagai pihak.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ni adalah membuktikan bahawa semua dakwaan yang dibuat oleh Tun terhadap kepimpinan UMNO tu tidak benar dengan berusaha mengukuhkan parti dan mengembalikan keyakinan rakyat. Bukan melabelkan dia sebagai Pengkhianat!!!
Categories:

16 ulasan:

  1. Hishamuddin punya cara berfikir lebih elok dari sepupu dia. Tengokla masa dia handle sidang akhbar mh370. Terus suka dia.

    BalasPadam
  2. Masalahnya Tun bukan kritik tetapi memfitnah serta berkonspirasi kerana mahu Najib turun. Fitnah itu satu jenayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tula .. mula2 ingt fitnah jgk.
      tiba2 je TPM dgn AG kena pecat.. lepas tu tukar sana sini..
      PAC pun naik pangkat. Boss sprm kena hantar bercuti. zeti kena ugut..
      hebat betul fitnah tun m ni kan.. hahahahaha

      Padam
    2. Kalau orang mengikuti kes ini tentu faham mengapa perkara ini terjadi. Apa pun dari apa yg saya baca di media lebih kurang begini:

      Dalam masa siasatan oleh AG, Audit Negara, SPRM, PDRM dan BNM, tiba2 timbul WSJ menyiarkan artikal yg dikatakan diberi oleh pegawai penyiasat. Ini bermakna ada di antara pegawai penyiasat tu dah bocorkan maklumat. Perkara ini bertentangan dengan OSA bagi penjawat2 awam. Jadi siasatan terhadap pegawai2 penyiasat pula terpaksa dibuat nak cari siapa pembocor maklumat. Sebab itulah perkara yg anon 101 sebut tu berlaku.

      Padam
  3. Dia pun rasa dah susah nak pertahan sepupu dia agaknya. Daripada dia sekali ikut terbabit, lebih baik tak campur langsung.

    BalasPadam
  4. Tun menghasut rakyat supaya bencikan Najib dengan membuat pelbagai tuduhan yg x masuk akal. Di peringkat awal dia hanya menyoal. Apabila dijawab, dia tukar soalan lain, dijawab lagi spin balik soalan asal dan begitulah berpusing2. Lepas tu dia terus memfitnah dan membuat dakwaan x berasas. Apabila fitnah terbukti dan dakwan x berasas dia mengaku mahu jatuhkan Najib menggunakan isu 1MDB. Seterusnya menuduh Najib mencuri pulak baru2 ni. Adakah ini sekadar kritikan bukan jenayah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawab ape nye? Hanya jawapan yang kosong... tidak berisi !!

      Padam
    2. Apa yg dah dijawab? Nk jugak tau jawapan dia..kongsi la sikit

      Padam
    3. Hai x kan awak berdua di atas ni x baca langsung.Banyak dah jawapan ni. Contoh fitnah.

      Soalan :RM42 bilion lesap. Jawapan : Rm42 bilion x lesap tapi dah dibelikan aset tanah dan IPP bernilai rm51 bilion.

      RM2.6 bilion duit 1DMB masuk akaun Najib. Jawapan x de 1 sen pun duit 1MDB masuk akaun Najib. Yg ada ialah derma dari Timur Tengah.

      Apabila soal dah jawab, terimalah jawapan dan berhentilah soal. Ini tidak soal berpusing2 macam orang mabuk aje. Memang membosankan.

      Padam
    4. Rakyat perlu berfikir secara waras. Fahamkan apa isunya dan apa jawapannya. Buat kajian dan perbandingan. Jangan follow gitu2 sahaja. Kalau leader terjun lubuk x kan nak ikut.

      Cuba fikir, dah terang2 Tun , Sarawak Report, wsj, tony, Rafizi semua pakai maklumat Justo yg telah menjual maklumat 1MDB lalu diubah faktanya. x kan rakyat x boleh fikir lagi bahawa maklumat Tun dan sewaktu dengannya tu palsu dan fitnah yg direka2?

      Saya dahulu pun hormat Tun juga, tapi sejak isu 1MDB ni saya fikir Tun dah x relevan lagi, lebih2 lagi Tun sebenarnya membela kroni2 Cina yg selama ini membalun wang rakyat berbilion2.

      Padam
  5. Buang aje la Tun tu dari umno atau tangkap aje dia.Kalau Ag,Tsmy,dato shafei pun blh kena gugur.Jgn la dok ckp pantau la itu la..Bla2 la...Ada berani.

    BalasPadam
  6. Kalau lucut seorang pemimpim umno, umno akan hilang beribu pengikut.ada berani

    BalasPadam
  7. Kalau lucut seorang pemimpim umno, umno akan hilang beribu pengikut.ada berani

    BalasPadam
  8. sekarang kita melihat secara fakta , ok , RM2.6B dimasukkan dalam akaun PM , setelah akaun ditutup , baki wang tersebut dipindakan ke Singapura . Secara logik , apabila wang masuk keMalaysia dan dianggap sebagai derma politik , kenapa baki nya tidak dimasukkan dalam akaun UMNO . tolong fikir secara logik .

    BalasPadam
  9. sebagai rakyat , kita ada hak untuk menyuarakan padangan yang positif dan mengikut peraturan dan undang2 , kerajaan dibentuk mengikut Perlembagaan . sepatutunya Najib bercuti dan membiarkan siasatan dibuat kerana melibatkan nama beliau sebagai Perdana Menteri & Menteri Kewangan . semua lapuran hasil dari siasat keatas nya perlu telus & diambil tindakan mengikut lunas undang2 .

    BalasPadam
  10. Ku Nan ni dah tak dak korja lain ke??? Patutnya cari jalan macam mana nak perkuatkan UMNO dan sepak keluaq semua lanun2 yang ada yang dok hisap darah rakyat......harapkan yang nak dipantau tu geng sampah langau macam tu lah...kalu nak terus jilat bontot Boogeese Warrior dan Minang Flytrap baik tak usah.....oooppps aku lupa....depa tu dulu mai semenanjung satu tongkang dari seberang....kahkahkahkah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping