Heh! Dalam kehangatan puak - puak Pakatan Haprak tu nak membawa usul Undi Tidak Percaya terhadap YAB Perdana Menteri, lain pulak yang berlaku dalam sidang DUN Selangor.
Dengar khabarnya, Si Menteri Besar Cap Ayam tu sendiri bakal berhadapan dengan usul Undi Tak Percaya terhadap dirinya menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Selangor November nanti.
Desas desus mengenai perkara itu semakin rancak berlegar dilaman media sosial terutama selepas Si Menteri Besar Cap Ayam tu enggan mengiktiraf Pakatan Harapan tu di Selangor sebelum ini.
Ianya turut dikuatkan lagi dengan dakwaan mengenai kelemahan Si Menteri Besar Cap Ayam tu dalam menguruskan isu - isu kontroversi yang dihadapi oleh pentadbiran Rejim Pakatan.
Nak pulak isu yang berkaitan dengan kerjasama Politik dikalangan puak - puak PKR, DAPigs dan juga PAS di Selangor yang dilihat semakin hari semakin bertambah rumit serta meruncing.
Biar pun ada yang menganggap Si Menteri Besar Cap Ayam tu seorang yang 'Bijak' tetapi dia tetap dilihat GAGAL untuk menangani isu berkaitan dengan perbalahan diantara PAS dan juga DAPigs.
Laporan yang disiarkan melalui laman portal Agenda Daily menyebut, usaha untuk menjatuhkan Si Menteri Besar Cap Ayam tu hanya dapat dilakukan melalui usul tersebut di sidang DUN.
“Gerakan menjatuhkan Azmin itu didakwa dirancang oleh beberapa pemimpin PKR dan DAP yang tidak puas hati kerana Azmin tidak memecat Exco dari PAS.
“Beberapa ahli akar umbi PKR mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak diketahui akan kebenarannya. Dakwaan itu mula tersebar di media sosial dan hangat diperkatakan ketika ini,” lapor portal itu.
Sebelum ini, kita juga turut didedahkan dengan perencanaan puak - puak Pakatan Haprak tu nak melaksanakan agenda Langkah Kajang 2.0. Tetapi perancangan itu terbantut ditengah jalan.
Ianya ekoran ada pihak yang telah membocorkan rahsia dan menyebarkan usaha itu terlalu awal sehingga ianya dapat dihidu oleh pihak media menyebabkan mereka terpaksa membatalkannya.
Sama ada khabar angin mengenai usaha untuk membawa usul tersebut benar atau pun tidak, ianya tidak dapat dipastikan. Namun apa yang jelas berdasarkan kepada senario semasa, memang patut pun Si Menteri Besar Cap Ayam tu berundur!!! Dia bukan reti buat kerja pun!!!


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.