Rabu, Oktober 14, 2015

Alhamdulillah! Mungkin Si Din Botox ni dapat hidayah sempena tahun baru Maal Hijrah ni membuatkan dia menggugurkan tuntutan Harbeas Corpus bagi mencabar penahanan dia sebelum ini.

Tindakan tersebut dilakukan oleh peguam Si Din Botox ni selepas satu sidang media diadakan oleh barisan kepimpinan UMNO yang membantah penahanan tersebut dilakukan semalam.

Sebelum ini, Si Din Botox tu buat memfailkan tuntutan tersebut terhadap Ketua dan Timbalan Ketua Polis Dang Wangi yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam penahanannya.

Si Din Botox tu juga mendakwa penahanannya merupakan penyalahgunaan proses undang-undang SOSMA 2012 secara salah sedangkan tindak-tanduknya tidak langsung berunsur aktiviti pengganas.

Namun pihak mahkamah semalam telah membuat keputusan untuk menerima pembatalan tuntutan tersebut kerana permohonan itu menjadi akademik apabila dia didakwa di Mahkamah Majistret.

Peguam Mohamad Hanif yang mewakili Si Din Botox tu juga turut memaklumkan bahawa anak guamnya itu telah didakwa mengikut Seksyen 124L dibawah Kanun Keseksaan (Akta 547).
"Akibatnya, permohonan habeas corpus menjadi akademik. Oleh itu, saya mohon permohonan ini ditarik balik," katanya.
Mengulas mengenai perkara yang sama, Peguan Negara menjelaskan bahawa penahanan tersebut tu bukannya dibuat atas alasan mendakwa dia sebagai Pengganas seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Dalam erti kata mudahnya, penahanan dibawah Akta SOSMA 2012 ni bukannya khusus untuk menangani pengganas sahaja. Tapi didalam akta tu ada takrif lain yang perlu difahami.
"Takrif 'kesalahan keselamatan' menjelaskan bahawa Sosma tidak terhad kepada keganasan atau pengganas.


"Apabila Sosma digubal, 'kesalahan keselamatan' adalah kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan dan Bab VIA Kanun Keseksaan (kesalahan yang berkaitan dengan keganasan)," katanya pada sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini, Selasa.
Lebih kurang sama macam Akta ISA dulu jugak la. ISA tu dulu pada asalnya dibuat untuk menangani Komunis. Tapi kemudian ada pulak pihak yang tertentu tu menggunakan akta tersebut untuk menahan orang yang menentang dia!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping