Rabu, Oktober 14, 2015

Heh! Memang silap orang la kalau dia yang nak bercakap pasal soal 'Kejujuran' dan 'Disiplin' dalam amalan Politik sedangkan dia sendiri pun tak buat benda yang dia sendiri luahkan.

Maka sebab itulah kenyataan yang Si Khalid Samad tu keluarkan sebelum ini telah ditempelak dan dibidas oleh pemimpin - pemimpin PAS yang telah dikhianatinya sebelum ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat disebut oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu tidak mencerminkan kapasitinya dalam Pakatan Harapan.
"Untuk dia letak syarat begitu 'jujur dan berdisiplin', dia perlu jadi 'seseoranglah' yang (berpangkat) dalam Pakatan Harapan.
"Bagi kita Pakatan Harapan, PAS tidak ada apa-apa hubungan. Kami tidak ada apa-apa hutang. Kami tidak ada apa-apa perkara dengan Pakatan Harapan walaupun PKR bersama Pakatan Harapan tetapi hubungan PAS hanya dengan PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi di sini tadi.
Khalid yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini telah menyambut baik hasrat PKR yang masih berharap penyertaan PAS ke gagasan pembangkang yang baru itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Si Khalid Samad selepas PKR mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan untuk terus berharap dapat 'memancing' PAS ke dalam Pakatan Haprak tu.

Susulan daripada kenyataan itu, Takiyuddin membayangkan Si Khalid itu mungkin terlalu ghairah dalam memberi kenyataan dan dilihat mendahului Wan Azizah Wan Ismail dalam banyak hal. 
"Tak apalah. Mungkin dia isytihar diri dia sebagai Presiden Pakatan Harapan, anda tanya dia la. Saya tidak tahu apa jawatan dia dalam Pakatan Harapan ini, boleh jadi presiden ke?" katanya.
Kesimpulannya, Si Khalid Samad tu sebenarnya Tak Layak nak ajar orang lain sedangkan dia sendiri pun tak pernah Jujur dan Berdisiplin sewaktu menjadi pemimpin PAS sebelum ini. Setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping