Isnin, Oktober 05, 2015

Untuk sekian kalinya, puak - puak DAPigs tu sekali lagi memaparkan penentangan mereka terhadap perlaksanaan Hukum Hudud dengan memfailkan saman terhadap Si Hadi Awang.

Masuk kali ini, sudah dua kali Si Hadi Awang tu telah disaman oleh salah seorang ahli atau pun penyokong parti yang pernah menjadi rakan sekutu PAS dari Pakatan Haramjadah tu sebelum ini.

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menolak  permohonan bantahan awal yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain untuk membatalkan saman berhubung pembentangan rang undang-undang hudud di Parlimen.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri kesemua pihak yang mewakili plaintif dan defendan.

Pembentangan itu melibatkan cadangan untuk membentangkan rang undang - undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang berkaitan dengan Hukum Hudud.

Peguam Farez Jinnah yang mewakili keempat-empat plaintif memberitahu pemberita bahawa hakim membuat keputusan itu kerana berpendapat tiada material mencukupi dalam permohonan bantahan awal.

Abdul Hadi memfailkan permohonan bantahan itu pada 2 Julai lalu bersama empat defendan lain iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia; dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Tambah Farez, mahkamah menetapkan 13 Oktober untuk mendengar permohonan injunksi keempat-empat individu itu bagi menghalang Abdul Hadi dan empat yang lain daripada membentangkan rang undang-undang berkenaan.

Pada 12 Jun lepas, empat individu iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin memfailkan saman pemula dengan menamakan Abdul Hadi, Pandikar Amin, Ismail, Kiandee dan Roosme sebagai defendan pertama hingga kelima.

Keempat-empat individu itu turut memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping