Isnin, Oktober 05, 2015

Huh! Nampak gayanya tak berubah jugak perangai Haramjadah puak - puak Pengkhianat yang dipimpin oleh Si Mat Sabu ni. Ingatkan bila dah keluar dari PAS, berubah jugak la perangai diorang.

Rupanya diorang berubah bukannya menjadi lebih baik. Tapi berubah menjadi lebih buruk dari sebelum ini. Tak cukup gamaknya dosa diorang jadi Pengkhianat, sekarang dah jadi Perompak pulak.

Kepimpinan PAS Johor hari ini mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas Pas di dua kawasan.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mengikut hukum Islam, bangunan diwakafkan kepada Pas sebelum ini menjadi hak parti itu walaupun pemilik asal menyertai parti lain.
“Bangunan atau tanah yang diwakafkan kepada Pas bukan lagi milik individu, ia sudah menjadi milik masyarakat kerana ia dibangun hasil sumbangan orang ramai.
“Tidak wajar bangunan itu ditukar milik walaupun pemiliknya melompat parti. Dari segi hukum itu tidak betul, sudah tidak amanah. Jika dia keluar Pas akan ada orang yang menggantikan tugasnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat perundangan bagi memuktamadkan perkara berkenaan dan membawanya ke mahkamah jika perlu.
“Aset ini bukan harta sepencarian kerana pada asalnya sumbangan diberikan untuk Pas walaupun mereka sudah dapat surat dari pesuruhjaya sumpah, tetapi dari segi hukum ia adalah hak Pas.
“Kita masih belum buat keputusan tentang perkara ini ,tetapi kita akan muktamadkan dan membawanya ke mahkamah jika Pas mempunyai peluang untuk menang,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan parti itu merampas aset milik Pas Johor sebaliknya mereka hanya mengambil alih bangunan yang diwakafkan semula kepada parti itu.
“Apa yang berlaku seperti di Pontian sebenarnya bangunan itu sebelum ini digunakan Pas sebagai markas tetapi pemiliknya telah mewakafkan semula kepada Amanah. Kita tidak berniat untuk merampas sebaliknya akan menjadikannya sebagai bangunan guna sama untuk Amanah dan Pas,” katanya.
Dzulkifli berkata, parti berkenaan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset yang terdiri daripada kalangan peguam dan perunding hartanah bagi menangani isu membabitkan aset sepencarian bersama PAS Johor.

Dalam erti kata lainnya, puak - puak Pengkhianat yang menyertai parti pimpinan Si Mat Sabu tu bukan sahaja mengkhianati parti yang mereka sertai sebelum ini, tapi diorang juga turut merompak harta yang dimiliki parti tersebut demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. nasib tuan pewakab x tukar parti dap..he he

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping