Rabu, Oktober 21, 2015

Huh! Kita ingatkan bila puak - puak Pakatan Haramjadah yang terdiri dari kalangan puak - puak PKR dan DAPigs tu memerintah, amalan rasuah ni akan terhapus dan tidak wujud lagi. 

Tapi sebaliknya semua itu hanya indah khabar dari rupa je. Malah bertambah teruk lagi apabila ada pegawai dan kakitangan dikalangan pihak berkuasa tempatan kantoi baru - baru ni.

Katanya, seorang pegawai pelesenan dan sembilan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor antara 11 yang telah direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Menurut laporan dari pihak media, mereka yang ditahan tu terlibat dalam kes rasuah lesen projek rumah urut yang sebelum ini didakwa semakin berleluasa terutama sekitar kawasan Lembah Klang.

Turut ditahan ialah seorang orang awam yang dikatakan bertindak sebagai orang tengah antara penguatkuasa dan pemilik rumah urut direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Pihak SPRM katanya telah mendapatkan perintah reman yang dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini terhadap mereka.

Menurut pegawai SPRM, perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009 terhadap semua suspek yang ditahan di pejabat mereka pada pukul 9 pagi semalam.

Orang tengah terbabit yang juga disyaki mempunyai rumah urut sendiri, turut ditahan oleh pihak SPRM di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi pada hari yang sama.

Penahanan kesemua suspek berdasarkan hasil risikan selama hampir setahun yang telah dijalankan oleh pihak SPRM, dengan nilai suapan disyaki berjumlah diantara RM200 hingga RM30,000.

Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kesimpulannya, walaupun Rejim Pakatan Haprak yang disertai oleh DAPigs dan PKR tu menjadi pemerintah, masalah rasuah ni masih juga tak selesai. Itu pun setakat kes yang dilaporkan. Kes yang tidak dilaporkan, kita tak tau pulak berapa banyak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Rasuah tidak akan hapus dengan retorik kosong semata-mata. Justeru nilailah sesebuah organisasi itu berdasarkan usaha pembanterasan yang digerakkan tetapi bukan apa yang di janjikan semata-mata.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping