Sabtu, November 21, 2015

Bekas Pembantu Peguam Peribadi Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay telah membuat laporan polis ke atas Nurul Izzah berhubung pertemuannya dengan Puteri Kiram yang telah mengarahkan serangan ke atas Sabah.

Yuktes membuat laporan di balai polis Kelang pada Jumaaat dan berkata, perkara tersebut perlu disiasat bagi memastikan insiden berdarah di Lahad Datu tidak berulang lagi dimasa akan datang.

Gambar Nurul Izzah bersema dengan Jacel Kiram memegang plakad bertulis 'RELEASE ANWAR IMMEDIATELY' yang dimuatnaik oleh Jacel Kiram di laman Facebook peribadinya telah menjadi viral.

Terdapat juga desakan dibuat oleh kepimpinan di Sabah agar pihak Kerajaan Negeri melarang Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjejakkan kaki ke Negeri itu lagi dimasa akan datang.

Malah ada juga desakan agar kerajaan khususnya KDN mengambil tindakan POTA atau SOSMA ke atas Nurul Izzah kerana bekerjasama dengan musuh yang telah membunuh rakyat negara ini.

Jacel Kiram sebelum ini turut menjadi jurucakap kumpulan tersebut dan cuba menipu dunia kononnya, lanun-lanunnya berjaya menguasai Sabah dan membunuh ramai anggota keselamatan Malaysia.
"Walaupun bapanya adalah dalang pencerobohan Lahad Datu, tidak dapat dinafikan bahawa Jacel mempunyai niat buruk kerana dia mahukan Sabah berpisah dari Malaysia dan menganggap negara kita sebagai pencuri.
"Tidak itu sahaja, 'Menuntut Sabah' adalah salah satu daripada janji-janji yang telah ditulis dalam manifesto pilihanraya untuk memenangi jawatan Senator di Filipina," kata Yuktes dalam laporan polisnya.
Gambar-gambar tersebut telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin-pemimpin politik apabila mereka mempersoalkan motif Si Nurul Izzah tu bertemu dengan Jacel pada 9 November di Filipina.

Dalam salah satu gambar, Nurul dilihat sedang makan malam dan bermesra bersama-sama Jacel dan seorang lelaki yang tidak dikenali, manakala dalam dua gambar yang lain, Nurul bergambar bersama-sama Jacel sambil memegang poster, 'Release Anwar Immediately'.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Maknanya semua penganas Sulu mati adalah konspirasi untuk memjadikan Anwar sebagai PM bukan untuk Negara merdeka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping