Ahad, November 22, 2015

Jika dilihat dari satu sudut, jelas alasan yang diberikan oleh Si Ketua Pemuda Anak Muda Kecoh (AMK) ni hanya sekadar nak Menegakkan Benang Basah yang dibuat oleh Nurul Izzah.

Jelas, dari apa yang cuba disampaikan oleh Si Ketua Pemuda AMK ni membuktikan bahawa soal menjaga kepentingan Politik Peribadi Si Ketua Penipu itu lebih perlu diberikan keutamaan.

Maka sebab itulah Si Ketua Pemuda AMK ni mendakwa pemimpin dikalangan Barisan Nasional cuba nak mengubah isu 'Pembebasan Si Peliwat' itu dengan cerita pasal Lahad Datu.

Katanya, perjumpaan diantara Nurul Izzah dengan Puteri Kiram yang bertanggungjawab membunuh penduduk serta anggota keselamatan Negara sebelum ini adalah untuk meraih sokongan buat seorang Peliwat.
“Beliau berada di Filipina untuk bertemu dengan beberapa pimpinan masyarakat, yang mana ramai di antara mereka telah menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, yang telah dipenjarakan secara tidak adil, satu tindakan yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa-termasuklah Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Working Group on Arbitrary Detention) yang membuat deklrasi bahawa Anwar mangsa penahanan arbitrary, ” katanya menerusi satu kenyataan media, lapor FMT.
Kiranya, sentimen dikalangan rakyat terhadap pencerobohan puak - puak Sulu yang didalangi oleh ayah Si Puteri Kiram tu sebelum ini tidak begitu penting bagi puak - puak PKR.
Hakikatnya, Si Nik Nazmi tu tak boleh nak menafikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu membuktikan bahawa PKR tak pedulikan sensitiviti masyarakat di Malaysia.

Dalam erti kata lainnya, demi nak menjayakan kempen menjaja 'Air Mata Buaya' untuk Si Ketua Penipu tu dan memberikan tekanan kepada Kerajaan, apa benda pun sanggup diorang buat. Waima mendapatkan sokongan dari kalangan puak - puak Yahudi Zionist sekali pun!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping