Selasa, November 17, 2015

Tak payah cakap banyak la. Apa yang ada depan mata kita hari ni dah jelas. Asal namanya dari kalangan puak - puak PKR, memang kerjanya asyik MENIPU dan MENABUR FITNAH je.

Dari atas sampai la ke taraf Macai macam Pengarah Syarikat NOW Sdn. Bhd. tu. Semuanya bercita - cita besar nak jadi Ahli Neraka belaka. Hari - hari kerjanya merosakkan institusi Islam.

Kali ini, syarikat yang berorientasikan Fitnah itu sekali lagi membuat cerita buruk terhadap YaPEIM dengan mendakwa KONONnya mereka menganjurkan kursus Pra Perkahwinan di Paris.

Meh baca kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pelajar yang juga merupakan Timbalan Pengarah Program dan juga peserta bagi program tersebut.
1) Tujuan post ini, bukan untuk menyokong atau membantah pendedahan yang dibuat oleh National Oversight & Whistleblowers (NOW). Sebaliknya ia merupakan perspektif peribadi saya sebagai penganjur/urusetia dari pihak pelajar.

2) Sebagai makluman, program 'Simposium Perdana Paris : Isu Perkahwinan, Kekeluargaan , Keusahawanan & Pengurusan' yang akan diulas ini langsung tiada kaitan dengan program ‘Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah' dan ‘Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah’. Simposium Perdana Paris yang telah dilaksanakan merangkumi dua aspek utama ; 'Kursus PraPerkahwinan' dan 'Kursus Keusahawanan dan Pengurusan' yang telah berlangsung pada 26-28 Disember 2014 di Paris.

3) Dalam usaha untuk memperkukuhkan asas-asas keagamaan di kalangan masyarakat Islam dan memberi ruang mendalami cabang ilmu pengetahuan agama, JAKIM mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program khas di Paris.

4) Menyedari keperluan semasa dan permintaan yang tinggi daripada pelajar Malaysia di luar negara, program ini dirangka bagi membantu memberi kemudahan kepada pelajar menghadiri Kursus PraPerkahwinan sebagai persediaan melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan, membincangkan isu-isu semasa, memperkasakan diri menghadapi cabaran akidah, syariah dan akhlak serta memupuk silaturahim sesama insan. Dan sijil yang dikeluarkan adalah sah laku seumur hidup.

5) Program kali ini juga menawarkan kursus keusahawanan dan pengurusan yang bertujuan meningkatkan potensi diri dan mengenalpasti bakat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Secara tidak langsung, ia dapat membangkitkan dan menanam semangat berdikari serta menyedarkan peserta kepada peluang perniagaan dan memberi pengetahuan asas pengurusan.


6) Program ini dikendalikan oleh Kelab SANTUN-YaPEIM Eropah dengan kerjasama Malaysian Students’ Association in France (MASAF) dan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Perancis, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU). - seterusnya...
Kesimpulannya, program itu bukan la sekadar nak mengabiskan duit. Sebaliknya ia memberikan manfaat kepada pelajar - pelajar Islam di Eropah seperti mana yang telah dijelaskan.

Persoalannya, adakah pendedahan yang dibuat oleh syarikat NOW Sdn. Bhd. tu sebelum ini bertujuan untuk menegakkan Kebenaran atau sekadar nak meraih Populariti Murahan? Berbaloi ke kalau dia sekadar Popular untuk tempah tiket ke Neraka Jahanam!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. mengadakan kursus pra perkahwinan untuk bakal graduan Islam adalah lumrah di mana-mana IPTA di negara ini.. sebagai persediaan golongan yang dalam kategori 'darah muda' ini berumah tangga.. usia yang sedang galak berkawan ini maka jangan dibiarkan ke kancah maksiat sebaliknya di dorong ke satu kaedah yang halal, perkahwinan. Adalah tidak pelik jika pelajar muslim baik di Paris, US, UK, AUS dan mana-mana lagilah.. utk mengikut program yang amat baik tersebut. Melainkan jika kita mengganggap bahawa maksiat itu adalah baik maka kursus kekeluargaan berkenaan perlu ditentang secukupnya.
    Saya sendiri pernah mengikuti program seumpama di ITM dan di US, yang menyaksikan beberapa pasangan pelajar kita diijab kabulkan oleh Hj Hadi Awang (1994) yang telah diwakil walikan oleh bapa pasanga perempuan masing-masing.
    Kat Malaysia ada mak bapak adik abang ipar duai dan paling tidak pun AJK taman/masjid untuk tolong 'tengok tengokkan".. duk kat luar negara dengan budaya yang sebegitu.. siapa yang nak tolong tengok tengokkan.. maka elok juga lah depa tu berkahwin dan sebelum itu ikuti dulu kursus kekeluargaan sebagai persiapan..

    -us graduate 1995-

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping