Khamis, November 05, 2015

Hahaha!!! Pengecut digantikan dengan Penyangak. Memang elok sangat la pilihan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Haprak ni. Dah takde orang lain ke yang lebih layak dari Si Rafizi tu?

Kalau nak dipilih Si Wan Azizah tu nanti, takut dia GAGAP pulak bila tengah berdebat diatas pentas dan membuatkan dia hilang kemaluan sekiranya ia disiarkan secara lansung dikaca televisyen.

Jadi nak tak nak, terpaksa la diorang pilih Si Ahli Parlimen Pondan, Eh! Silap. Ahli Parlimen Pandan tu sebagai pengganti kepada Si Tony Puaka yang dah Kecut Buah Kerandut dia sebelum ini.

Mula - mula, Si Saifuddin tu mengharapkan nama dia dipilih menggantikan Si Tony Puaka tu. Boleh jugak dia tunjuk hebat. Tapi, dia siapa? Setakat Katak Jadian PKR je. Bukannya wakil rakyat pun.

Kalau sebelum ini, Si Tony Puaka tu didakwa telah membuat cabaran secara terbuka kepada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sebab dia nak melobi jawatan sebagai Pengerusi DAPigs Selangor.

Bila dia dah dapat jawatan tersebut, maka timbul la SERIBU SATU alasan yang akan membuatkan dia terlepas dari berhadapan dengan Arul Kanda secara terbuka didalam televisyen.

Dalam erti kata lainnya, Si Tony Puaka tu buat cabaran sebelum ini kerana mempunyai agenda tersembunyi yang sengaja tidak didedahkan kepada rakyat. Tapi, bagaimana pula dengan Rafizi?

Hakikatnya, Si Rafizi ni pun lebih kurang sama jugak dengan Si Tony Puaka tu. Dia pun ada agenda yang tersendiri apabila dia sudi menerima undangan untuk menggantikan Si Tony Puaka tu.

Rata - rata dalam kartel PKR pada ketika ini melihat Si Rafizi tu sebagai Liabiliti dan bukan 'Wonder Boy' seperti yang berlaku sebelum ini walaupun dia sekarang dah jadi Setiausaha Agung.

Nak pulak bila Si Rafizi tu masih lagi dibayangi ke-GAGAL-an dalam melaksanakan agenda Langkah Kajang sehingga menyebabkan perpecahan teruk berlaku dalam Pakatan terutama di Selangor.

Jika sebelum ini, wujud gerakan secara subversif dikalangan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang merancang untuk menggulingkan Si Rafizi tu dari jawatan yang disandangnya pada ketika ini.

Tapi niat dan hasrat mereka tidak kesampaian apabila dihalang oleh Wan Azizah dalam satu mesyuarat tergempar yang dibuat sebelum ini. Namun, kedudukan Si Rafizi tu masih belum kukuh.

Maka peluang untuk muncul berdebat dengan Arul Kanda ni merupakan kesempatan untuk Si Rafizi tu mengembalikan keupayaan dia dikalangan pemimpin - pemimpin PKR tu sendiri.

Kesimpulannya, Si Rafizi tu beria - ia sangat nak muncul dalam debat berkaitan dengan isu 1MDB ni sebab dia nak menaikkan nama dia sendiri supaya tidak dilihat sebagai Liabiliti kepada PKR. Bukannya sebab dia nak menegakkan Kebenaran atau menjaga kepentingan rakyat sangat pun!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Layakkah Rafizi ganti tempat Tony Pua untuk berdebat dengan Arul Kanda.Memang tidak layak kerana kedua duanya berlagak pondan.Lihat sahaja soalan Rafizi di bawah

    Q1. Kebanyakan kementerian kena potongan yg cukup byk,kecuali Jab. Perdana Menteri (JPM) saja yg dpt kenaikan.

    Q2. Zaman Pak Lah JPM hanya dpt sekitar 8 bilion setahun zaman Najib meningkat RM20 bilion setahun.

    Q3. Daripada RM20 bilion tersebut berapa bilion dikategorikan sbgai perbelanjaan tanpa rekod

    Jawapan Q1, Q2 & Q3 :

    Jabatan Perdana Menteri berlainan dengan Pejabat Perdana Menteri.Pejabat Perdana Menteri (PMO) adalah pejabat rasmi kepada Perdana Menteri yang menguruskan urusan rasmi dan politik Perdana Menteri.Jabatan Perdana Menteri adalah sebuah badan induk kerajaan yang terdapat pelbagai jabatan,suruhanjaya dan agensi di bawahnya.Terdapat 8 buah suruhanjaya,5 agensi pusat dan 51 jabatan di bawah JPM antaranya adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),Jabatan Perkhidmatan Awam,Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),Biro Tatanegara (BTN),Jabatan Audit Negara, Parlimen Malaysia,Jabatan Perangkaan,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN),Istana Negara,Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

    Jika diteliti senarai agensi,jabatan atau suruhanjaya di bawah Jabatan Perdana Menteri,kebanyakan daripadanya tidak melibatkan sebarang aktiviti politik.Melihat kepada beberapa tragedi yang melanda negara setahun dua ini,pertambahan peruntukan sebanyak 7% daripada RM19 billion kepada RM20.3 billion adalah munasabah.Ini kerana terdapat agensi-agensi di bawah JPM ini memerlukan lebih banyak dana untuk beroperasi.Khususnya agensi yang terlibat dalam soal keselamatan dan bencana seperti APMM,MKN, ESSCOM, JPAM dan Unit Pemulihan Pasca Banjir.Peruntukan 3 kali ganda berbanding tahun 2008 untuk JPM tidak sepatutnya menjadi isu.Ini kerana terdapat beberapa agensi baru di bawah JPM yang tidak ada pada tahun 2008 (contoh: ESSCOM).Agensi-agensi ini ditubuhkan berdasarkan keperluan semasa dan terdapat juga tanggungjawab kementerian lain yang diserapkan kepada agensi-agensi JPM ini.Agensi-agensi sedia ada seperti APMM,JPAM dan SPRM juga turut diperbesarkan dan diberi peruntukan untuk memiliki aset baru.

    Rafizi cuba memperbodohkan rakyat dengan soalan bodoh.

    APA KATA ANDA ???

    BalasPadam
  2. pembangkang Malaysia & penyokong2 mereka memang terkenal dgn kebodohan tahap chronic/gaban....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping