Hadoyai!!! Memang patut sangat la perwakilan Muslimat PAS Pusat sebelum ini bertindak untuk tidak mengekalkan dia sebagai Ketua Dewan Mulimat PAS dalam pemilihan baru - baru ni.
Rupanya perangai dia buruk mengalahkan DAPigs. Tak heran la kenapa Si Siti Zailah ni kemudiannya melompat dan menyertai parti Pengkhianat yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu.
Lihatlah bagaimana liciknya dia mempergunakan perkataan Arab untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap UMNO serta cubaan membuat fitnah serta mengelakkan diri dari disaman.
Pendedahan yang dibuat dalam laman blog Cucu Tok Selampit semalam mendedahkan keburukkan perangai Ahli Parlimen Rantau Panjang tu.
"Sebenarnya gambar berkenaan diambil ketika rampasan oleh pihak berkuasa terhadap kes penipuan FOREX. Disebarkan oleh macai-macai pembangkang di laman-laman sosial dalam bentuk fitnah.
"Sebaliknya MP Rantau Panjang turut memanjangkan fitnah duit itu digunakan untuk diedar kepada perwakilan UMNO sempena Persidangan Agong UMNO 2015 yang sedang berlangsung.
"Orang sebegini tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin apatah lagi sebagai seorang Ahli Parlimen. Fitnah dan hasutan menjadi makanan beliau walaupun bertudung labuh ala Arab Badwi." - lapor blog tersebut.
Tapi tak heran sangat la kenapa dia bertindak sedemikian. Hakikatnya selama hari ini pun, yang dok buat kerja fitnah memang kebanyakkannya dari kalangan mereka yang jadi Barua DAPigs belaka. Maka sebab itulah Si Mat Sabu tu pun dok buat benda yang sama!!!
Nampak tak pakai baju merah, terus tahu tidak ada kena mengena dengan Umno. Berani betul buat fitnah. Apa nak jadi dengan ahli politik. Dah tak tahu halal haram.
BalasPadam