Khamis, Disember 10, 2015

Wayang Air Mata Buaya yang penuh dengan Kepura - Puraan!!!
Wayang dan lakonan yang sering kali menjadi senjata kepada puak - puak Pakatan Haprak tu nampak gayanya dah tak mendatangkan sebarang kesan kepada rakyat sebab banyak kali diulang.

Realitinya, rakyat di Malaysia ni semuanya tidak la se-BODOH yang dianggap oleh puak - puak Pakatan Haprak tu. Nak pulak jika mereka yang dari kalangan Parti Keluarga Rosak tu sendiri.

Hakikatnya, apa yang mereka lakukan diata pentas Politik Negara hari ini hanya atas dasar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya mereka buat untuk rakyat.

Dan secara umumnya, tangisan 'Air Mata Buaya' yang dijaja selama hari ini adalah atas kesalahan dan kesilapan mereka sendiri. Bukannya salah orang lain. Diorang sendiri yang cari penyakit.

Maka sebab itulah tindakan Si Nurul Izzah yang dilihat bermesra dalam gambar dengan anak kepada Ketua Penceroboh Lahad Datu tu terus menjadi bualan hangat dikalangan rakyat Malaysia.

Sebab semua orang tau, tindakan Sumbang yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu bukan sahaja mengguris hati rakyat di Sabah, malah membuktikan bahawa mereka tengah terdesak.

Seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia semalam, tangisan Si Nurul Izzah tu sebelum ini didalam sidang Parlimen hanya sekadar 'Lakonan' dan 'Sandiwara' belaka.
"Siapa yang berpura-pura menangis bila kerajaan ingin mengambil tindakan tegas kerana kebiadaban mereka berpeluk mesra sambil menikmati santapan enak dengan anak musuh negara? Merekalah (pembangkanglah) pelakon sandiwara sebenar.

"Pada mereka, ia hanyalah satu lagi episod drama Kerajaan. Kononnya nyawa anggota keselamatan kita ini adalah taruhan dan buah catur yang kita boleh gerak-gerakkan demi kepentingan politik dan akhirnya temberang mereka sendiri yang pecah. Belang mereka semakin terserlah.


"Jangan dilupa bagaimana mereka mencaci dan menghina anggota keselamatan yang berhempas pulas menjaga keselamatan negara dari dicerobohi dan dipermainkan oleh pihak luar," katanya.
Kesimpulannya, puak - puak Pakatan Haprak ni sanggup lakukan apa sahaja demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri atas dasar mahu meraih sokongan Simpati Murahan semata - mata. Bukannya diorang berjuang demi kepentingan rakyat sangat pun!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping