Esok bermulanya Perhimpunan Agung UMNO. Tapi dengar ceritanya, hari ini ada perhimpunan lain yang dianjurkan di Kelab Sultan Sulaiman bagi menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO.
Laman blog Gelagat Anwar hari ini mengeluarkan 'Head Count' berapa ramai yang menyatakan kehadiran untuk menyokong perhimpunan tersebut melalui artikel dilaman blog tersebut.
Katanya, pegawai - pegawai Timbalan Presiden pening kepala sewaktu nak mengumpul orang untuk menyertai perhimpunan tersebut. Ramai yang telah menolak jemputan yang dibuat.
"Inilah jadinya kalau masa ada jawatan tak buat kerja. Syok sendiri dan sibuk susun harta untuk anak bini. Kalau dulu miskin, sekarang habis tanah di Taman Batu Muda diborongnya. Dapat duit mana? Supply lift ke mana boss?
"Sekarang pening kepala. Tok Ainon Mulut Murai pun sibuk call kalangan Editor dan Wartawan minta nyawa. Projek Kementerian yang dulu bermewah-mewah katanya makin sangkak. Dulu habis orang di maki hamunnya. Sekarang malu sendiri.
"Menurut sumber dalaman team TSMY, katanya setakat pagi ini jam 11, hanya 3 orang Ketua Bahagian yang hadir. Perincian: Ketua Bahagian – 3 orang, Timbalan – 12 orang, Naib – 4 orang.
"Manakala Ahli Parlimen – 5 orang (Pagoh, Semporna, Setiawangsa, Kulim Bandar Bharu dan seorang lagi dari Sabah), AJK Bahagian – 62 orang yang confirm dan dari Pagoh – 500 orang (dengan bas dan elaun)
"Pemuda – ??? Wanita – ??? Puteri – ??? Kalau macam ini gayanya, elok Muhyiddin declare letak jawatan sahaja malam ini. Buang masa. Tak ada kekuatan. Inilah akibat apabila sewaktu di atas, tak ingat orang bawah." lapor blog tersebut.
Pokok pangkalnya, apa tujuan diorang buat perhimpunan tu pun tak tau la. Kalau setakat nak nyatakan sokongan dari kalangan pengikut - pengikut sendiri je, baik tak payah. Bukannya mendatangkan faedah pun kalau Pilihan Raya Umum nanti UMNO kalah!!!
Yiddin patut join anak mertua dan besan2nya masuk DAP.....
BalasPadamCina didahulukan, Melayu diabaikan!
Nanti je la, timbul ke sabut....tenggelam ke batu....
BalasPadamkita tak mau Najib Boohoo je la, lau yang lain majlis tertinggi
kan bijak lagi pandai dari nya.....ini baru la perubahan
yang tiada PUNITIVE dalam kamus ajenda pimpinanan UMNO....
bayar sikit sangat mcm mana nak suruh org datang?
BalasPadamtotok umno la katakan.katakan la umno totok he he
BalasPadamwaktu beliau jadi Menteri Pelajaran ada ke nak tolong kawan2 dapatkan dewan makan atau cuci kwsn sekolah. Rupanya yg kenyang kroni2 dekat kementerian yg dapat yg tidak pernah menolong menaikkan veliau dlm politik pun.
BalasPadam