Ya! Itu pandangan beberapa pihak yang ditemui semalam apabila kita tanya soalan mengenai ketetapan terkini yang telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini.
Mereka kata, tindakan menyekat individu tertentu berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini hanya sekadar taktik yang tidak bijak dan hanya setakat merugikan diri sendiri.
Bagi mereka, sepatutnya individu yang terbabit tu perlu diberikan ruang yang secukupnya untuk dia berucap dalam perhimpunan bagi meluahkan pandangan dia secara terang - terangan.
Kata mereka, jika selama hari ini, individu tersebut hanya setakat berani bersuara diluar dewan atau diatas pentas yang terbuka, maka sepatutnya dia diberikan ruang untuk berucap dalam perhimpunan.
"Kalau diluar, bukan main lagi dia bagi ucapan berapi - api. Membuat tuduhan dan dakwaan yang bukan - bukan tanpa merujuk kepada fakta serta bukti yang kukuh.
"Tapi, hadirin yang turut serta dalam perhimpunan yang diadakan itu belum tentu terdiri dari kalangan penyokong - penyokong UMNO. Ada juga dari kalangan pembangkang.
"Jadi, kenapa tidak dia diberikan ruang untuk berucap dihadapan 'Hard Core' UMNO yang semalam rata - rata bergema dengan laungan 'Hidup Presiden' didalam dewan?" soal mereka.
Hakikatnya, taktik untuk memberi laluan kepada individu tersebut berucap didalam dewan sudah pasti akan dinilai oleh penyokong - penyokong UMNO yang datang dari seluruh pelusuk Negara.
Realitinya, ahli UMNO ni tidak la sebodoh yang disangka oleh pihak yang terbabit. Sebaliknya, orang UMNO ni boleh menilai dengan akal yang waras bagi menentukan pendirian mereka sendiri.
"Jika ada yang betul dalam ucapan yang disampaikan, kita perlu perbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan. Dan jika tidak, dia sendiri yang malu." jelas seorang lagi pemerhati.
Kesimpulannya, segala dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh individu tersebut perlu diberikan ruang didalam dewan Perhimpunan Agung UMNO. Gian sangat dia nak berucap, kita bagi dia peluang. Jangan sampai dia memalukan diri dia sendiri sudah la!!!
Dalam dewan tu semua ahli umno syok sendiri....rakyat kt luar dewan tunggu masa nk hukum umno pd pru14....
BalasPadamPAU kali ni PAU paling bangsat dan syok sendiri... takut sangat sampai bercakap cerita Saidatina Aishah difitnah pon kalut sampai dipaksa berhenti. Sedangkan dlm quran pon sebut. Cetek sungguh pengetahuan islamnya.
BalasPadamKami doakan UMNO dan BN terus bersinar dengan kemenangan di pru14. Usah dilayan sesiapa yang jahil lagi cuba memeperlekehkan bangsa.
BalasPadamYang nk hukum bn tu dh abih fikir ke? Jgn nnti menyesal air mata darah pun x guna bila dap & pkr bertakhta.. Melayu akan merempat d bumi sendiri....masa tu baru padan muka..
BalasPadamSaya juga doakan UMNO dan BN terus menerajui negara.. Tiada yg sempurna tetapi kpd BN lah saya masih yakin utk menaruh harapan masa depan anak cucu saya... Jgnlah kita menang sorak kampung tergadai krn menyesal air mata darah sekalipun kita x mungkin kembali seperti sedia kala...
BalasPadamSaya juga doakan UMNO dan BN terus menerajui negara.. Tiada yg sempurna tetapi kpd BN lah saya masih yakin utk menaruh harapan masa depan anak cucu saya... Jgnlah kita menang sorak kampung tergadai krn menyesal air mata darah sekalipun kita x mungkin kembali seperti sedia kala...
BalasPadam