Susulan dari kenyataan Presiden UMNO yang menghulurkan silaturrahim kepada PAS semasa ucapan di Perhimpunan Agung UMNO semalam, Hj Hadi Awang dilihat agak berlapik dalam menerima kerjasama tersebut.
Hadi Awang dalam satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan semalam menyatakan bahawa beliau serta PAS berlapang dada dan bersikap terbuka jika ada yang mahu berkerjasama.
"Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana - mana pihak, samada Islam atau kalangan bukan Islam.
"Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan diberbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.
"PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk UMNO kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi.
"PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari Allah SWT.
"PAS ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat." lapor laman portal Utaranews
Memang secara dasarnya, Hadi Awang masih cuba berdolak dalik didalam membuat keputusan dan tidak mahu menyakiti hati PKR yang kini kekal bersama dengan mereka di Selangor.
Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Si Hadi Awang ni dah tentu akan membuatkan puak - puak DAPigs dan PAN meroyan tak tentu arahamcam cacing kepanasan. Jangan sampai ada yang berguling atas jalan raya dan terus hilang akal sudah la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.