Heh! Itu merupakan satu kemusykilan yang ditimbulkan dikalangan para pemerhati yang duduk diluar dewan semalam. Jangan kata kita, mereka pun rasa hairan dengan keadaan yang berlaku.
Jika sebelum ini, ada kita terdengar khabar angin yang mengatakan KONONnya ada pihak yang cuba nak buat provokasi dengan memakai baju selain dari baju warna merah sewaktu perasmian semalam.
Tapi sejak acara memeriksa perbarisan, menaikkan bendera dan juga sepanjang ucapan dasar yang dibuat oleh YAB Presiden UMNO semalam, kelibat mereka tidak berapa kelihatan.
Yang ada pun mereka yang diduduk diluar dengan, menyanyi dan menyambut kehadiran beberapa orang individu tertentu. Tapi dalam dewan, tak nampak pulak ada yang pakai baju selain baju merah.
Bahkan, individu yang disokong oleh penyokong diluar tu sendiri pun tak pakai baju selain dari baju merah. Mereka juga tetap mengenakan baju merah bagi menghormati Majlis yang diadakan.
Maka tak heran la jika ada dikalangan mereka yang duduk diluar dewan menganggap khabar angin kononnya ada pihak yang akan pakai baju selain baju merah tu hanya 'Wayang' belaka.
Propaganda dan provokasi yang cuba dibangkitkan lansung tidak menjadi. Malah individu yang terlibat tu sendiri pun tak berani nak menentang arus walaupun diluar mereka paling lantang mengkritik.
Pokok pangkalnya, wayang sandiwara yang cuba dimainkan oleh beberapa individu itu ternyata satu taktik untuk mengaburi rakyat, termasuk dikalangan penyokong - penyokong mereka. Setakat berani bercakap kat luar je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.